Wednesday, November 26, 2008

Sherry Ibrahim, Ashraf Muslim Dalam Drama renjis

Sherry Ibrahim, Ashraf Muslim mahu kejar kejayaan dalam bidang seni terlebih dulu

MENERUSI siri komedi Renjis, dia diberikan peranan Mila, seorang gadis yang berangan-angan untuk mendirikan rumah tangga bersama lelaki impian. Namun dalam kehidupan sebenar Sherry berasakan masanya belum tiba untuk dia menukar status diri.

Apatah lagi karier seninya baru saja beberapa tahun bermula. Langkah yang disusun pun belum cukup teratur, lalu tidak terlintas di benak fikirannya sebuah pelamin indah yang menyaksikan dirinya bersama kekasih duduk bersama. Paling tidak, pelamin itu tidak akan menjadi nyata dalam masa terdekat.

Lebih daripada itu, akui Sherry, dia bukan seorang gadis yang suka merancang dalam kehidupan.

"Jika saya mula merancang, selalunya ia tidak akan menjadi kenyataan. Akhirnya, saya pula yang kecewa. Jadi, biarlah saya berfikir terlebih dulu dengan semasak-masak sebelum mengambil langkah seterusnya," kata pelakon ini tatkala ditemui di majlis tayangan perdana filem animasi Igor, di Cathay Cineleisure, Mutiara Damansara.

Filem kartun yang diedarkan Tayangan Unggul itu akan mula memasuki panggung pada 20 November. Filem komedi ini menampilkan ramai pelakon (suara) terkemuka Hollywood seperti John Cusack, Steve Buscemi, John Cleese, Jennifer Coolidge dan Arsenio Hall.


Sebagaimana yang diketahui peminat, Sherry berkawan rapat dengan rakan seperjuangan, Ashraf Muslim, sejak kira-kira tiga tahun lalu. Pada awal kemunculan, kedua-duanya mengambil pendekatan berjaga-jaga agar perhubungan itu tidak digembar-gemburkan.

Lama kelamaan pasangan pelakon ini akur, persahabatan antara kedua-duanya memang lambat laun diketahui ramai. Justeru, akhir-akhir ini Sherry dan Ashraf selesa berkongsi cerita mengenai keintiman mereka. Begitupun, seperti yang ditegas Sherry, peminat tidak boleh memasang impian untuk mereka menaiki pelamin dalam masa terdekat kerana masing-masing mahu mengejar kejayaan dalam bidang seni serta menstabilkan kehidupan terlebih dulu.

Kembali menyentuh mengenai siri komedi siaran Astro Ria yang kini sudah pun memasuki musim kedua, Sherry melahirkan kegembiraannya kerana siri berkenaan mendapat sambutan cukup baik daripada penonton. Siri terbabit kembali menghiburkan peminat pada 22 Oktober lalu di saluran sama.

"Ketika ini, saya dan rakan yang lain masih lagi menjalani penggambaran siri ini dan Insya-Allah, ia akan tamat sebelum pertengahan bulan ini juga (November)," katanya yang sebelum ini turut membintangi siri Lara Rindu Mahsuri, Elly, Jelatang dan telefilem Di Bawah Ketika Isteri.

Bercerita mengenai wataknya dalam siri itu, pelakon yang bakal muncul di layar lebar awal tahun depan menerusi filem Maut ini memberitahu, sudah tentu wataknya amat bertentangan dengan dirinya yang sebenar. Dalam siri yang turut dilakonkan Elyana, Syed Ali, Liza Abdullah dan Ashraf Muslim itu, dia dikehendaki melakonkan watak wanita yang kuat berangan.

"Watak Mila yang saya lakonkan dalam Renjis tidak sama dengan watak Emma Zalina dalam Dunia Baru. Sebagai Emma, saya lebih celupar atau jahat mulut. Sebagai Mila pula, saya nampak ‘gedik’ tetapi disukai ramai. Mila ialah pembantu kepada Kirana lakonan Elyana. Dia juga teman karib kepada wanita muda itu.

"Mila juga seorang yang kuat menyibuk, gopoh dan selalu berangan cantik. Memang seronok memainkan watak sebegini, apatah lagi saya tidak pernah diberikan watak sedemikian sebelum ini. Saya dan Elyana sendiri sudah jadi macam adik-beradik. Antara kami memang ada keserasian," ujar Sherry atau nama sebenarnya Syarizad Ibrahim.

Renjis musim kedua menyambung kisah percintaan Kirana yang 'terbengkalai' pada musim lalu. Begitupun, kerjaya Kirana sebagai perancang perkahwinan berjalan seperti biasa. Begitu juga dengan tanggungjawabnya sebagai anak sulung dalam keluarga kecil yang 'kehilangan' ketua bergelar lelaki sejak sedekad yang lalu.

Musim kedua mengekalkan lima pelakon asal iaitu Elyana sebagai Kirana, Liza (Seri), Ashraf (Kelana), Sherry (Karmila) dan Syed Ali (Rafiq). Muka baru untuk musim ini ialah Ahmad Kamal Ahmad Adli (Hero Remaja 2008) sebagai Budi dan Samsol Ezany sebagai Ari. Ashraf Sinclair yang membawakan watak utama, Dean atau Alauddin, pada musim pertama kini akan muncul sebagai watak undangan.

Saturday, October 4, 2008

ASHRAF AJAK SHERRY BALIK KAMPUNG

Cuma, adatlah sebagai manusia ada yang harus disimpan sebagai hak peribadi, lebih-lebih lagi bagi mereka yang bergelar ‘selebriti’. Jika terlalu terbuka, barangkali kesannya mampu membunuh karier seni.

mainpix


Atas sebab musabab itu, pasangan selebriti muda popular, Mohd Ashraf Muslim (Ashraf), 27, dan Sherry Ibrahim (Sherry), 25, memohon supaya kisah cinta mereka tidak terlalu digembar-gemburkan.

Yang pasti, keikhlasan Ashraf terhadap kekasihnya bukan sekadar gurauan kerana Sherry sudah diperkenalkan kepada keluarganya.

“Sherry pernah bertemu orang tua saya, malah dia juga pernah ke kampung saya di Melaka sewaktu majlis perkahwinan adik beberapa bulan lalu.

“Sempena lebaran yang mulia ini saya juga mengundang Sherry untuk berhari raya bersama saya di kampung selepas dia meraikannya bersama keluarga,” kata Ashraf.

Ditanya, apakah dia ada perancangan mengakhiri kasih terjalin lebih setahun itu dengan sebuah ikatan suci perkahwinan, jujur Ashraf mengakui begitulah diharapkan akhirnya sebuah percintaan.

“Ada jodoh adalah tu... dalam dunia ini tiada siapa suka putus cinta, tambahan pula kalau kita dah sayangkan orang itu,” katanya.

Sherry yang tersipu malu mendengar pengakuan ikhlas Ashraf mencelah, buat masa ini mereka belum bersedia membicarakan soal perkahwinan kerana sebagai artis baru, masih banyak yang perlu mereka kejar.

“Perjalanan masih jauh. Namun, jujur saya katakan saya selesa bersama Ashraf, juga keluarganya. Mereka ‘sporting’ tetapi masih menerapkan nilai-nilai kekeluargaan tinggi selain mempunyai latar belakang agama yang kuat,” akui Sherry.

Sepakat mengatakan lebaran kali ini cukup bermakna, Ashraf dan Sherry ingin memanfaatkan detik manis itu bersama keluarga tercinta kerana sepanjang tahun ini mereka berdua bekerja keras untuk membina nama.

Jika Ashraf kini di Alor Gajah, Melaka, Sherry pula mungkin bergembira di Alor Star, Kedah atau Kuang, Selangor bersama ibu bapa, dua beradik perempuannya serta sanak saudara.

Mana tidaknya, sepanjang Ramadan lalu kedua-duanya sibuk dengan penggambaran drama.

Sherry yang juga bekas pramugari Penerbangan Malaysia (MAS) misalnya terbabit dengan penggambaran drama 13 episod, Renjis 2 dan Di Bawah Ketiak Isteri.

Ashraf pula terbabit dengan penggambaran Niyang Rapik yang menggantikan Kekasihku Seru untuk Slot Seram di TV3.

Produk terbitan Excellent Pictures dan diarahkan oleh Ahmad Idham ini dibintangi nama besar, antaranya Liyana Jasmay, Fauzi Nawawi, Khatijah Tan dan Abu Bakar Omar.

“Saya memegang watak ustaz Amirul yang datang ke sebuah kampung untuk membantu bapa saudaranya yang juga seorang imam.

“Kehadiran Amirul tidak disenangi Niyang Rapik kerana sejak kedatangan Amirul, penduduk di situ mula kembali percaya pada ajaran Islam serta tidak lagi bergantung nasib pada ramalan Niyang Rapik.

“Gara-gara tidak puas hati, saya disihir, disantau dan bermacam lagi ilmu hitam digunakan untuk membalas dendam,” katanya.

Profil Ashraf

NAMA: Ashraf Muslim

LAHIR: 19 September 1981 di Teluk Mas, Melaka

TINGGI: 180 sm

BERAT: 67 kg

KELUARGA: Anak sulung daripada tujuh beradik

PENDIDIKAN: Diploma Pentadbiran Perniagaan (Kuala Lumpur Infrastructure

University College)

KERJAYA: Ahli perniagaan dan pelakon

DRAMA: Impian Illyana, Manjalara, Impak Maksima, Lagu Cinta Kita, Anumerta, UP: Hati dan Rumah Depan Sebelah Kedai

Profil Sherry


NAMA: Sherry Ibrahim

LAHIR: 3 April 1983 di Petaling Jaya

TINGGI: 160sm

BERAT: 45 kilogram

KELUARGA: Anak sulung daripada tiga beradik

KERJAYA: Pelakon dan model

DRAMA: Dunia Baru musim ke-2, Cinta Tak Bertepi, Jelatang, Elly, Dunia Baru ke-3 dan Akademi Polis

FILEM: Malaikat Maut

Monday, September 29, 2008

UCAPAN SALAM AIDILFITRI DARIPADA ASHRAF MUSLIM

Ucapan SMS daripada pelakon drama, Ashraf Muslim yang sekarang ini bercuti di Melaka:

"Assalamualaikum, Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan di kesempatan ini saya ingin memohon maaf dari hujung jari kaki jikalau saya ada tersilap dan salah di sepanjang perkenalan kita. Maaf zahir dan bhatin. Ikhlas dari Ashraf Muslim."

Kepada peminat, sila tinggalkan mesej dan ucapan anda di sini. Terima kasih.

Wednesday, September 10, 2008

Gambar Ashraf Muslim Jadi Bomoh Dalam Drama Niyang Rapik

Dipetik dari Sensasi Selebriti

Tahniah lah kepada Ashraf Muslim sebab Budiey rasa dah ada peningkatan dalam mutu lakonannya. Setakat ini, Ashraf Mulism ditawarkan dengan watak yang begitu terhad dan terlalu biasa-biasa kata orang. Kini, dari seorang budak remaja bandar, Ashraf ditawarkan menjadi seorang remaja alim yang pandai mengaji dan juga seorang bomoh. Budiey dah dengar suara Ashraf mengaji Quran. Memang tak percaya Ashraf boleh mengaji semerdu tu. Siap tarannum lagi tu.

Wah! Budiey rasa tak sabar nak menonton drama ini yang akan menggantikan slot seram di TV3, selepas drama Kekasihku Seru.

Tahniah sekali lagi, bro. Aku akan sentiasa menyokong ko!

Sunday, September 7, 2008

Sunday, August 10, 2008

AWALAN ASHRAF

DIA duduk di kerusi sebelah saya semasa saya bertanyakan horoskopnya?
“Bintang Virgo,” senyum saja jejaka ini menjawab. Tetapi dia tidak pula tahu apakah ciri seorang Virgo.

Namun setahunya, Ashraf Muslim bersifat tegas, bercakap dalam nada yang lemah lembut dan penyabar.

Sambungnya lagi, namun apabila marah, dia akan bercakap terus terang hingga boleh menyebabkan seseorang sakit hati.

Mahu cari duit

Kata Ashraf, tujuan asal melibatkan diri dalam bidang hiburan adalah disebabkan wang.

“Saya akui penglibatan awal saya hanya kerana duit. Boleh saya katakan saya menggunakan pentas lakonan sebagai batu loncatan untuk bidang perniagaan.”

Katanya, dia hanya mencuba nasib pada langkah pertamanya. Tidak sangka pula dunia boleh bertukar rupa apabila percubaan awal itu disambut baik khalayak.

Lakonannya dalam siri Impian Ilyana membuka mata individu lain untuk memanjangkan usia kariernya bergelar pelakon.

“Saya mahu saban hari lakonan saya nampak lebih bagus dan terus bagus,” ujar Ashraf yang kemudian muncul dalam siri drama Impak Maksima dan telemovie Jangan Lupa.

Ashraf

Perjalanannya untuk bergelar pelakon berjalan dengan cantik. Pada usia 27 tahun, sudah 40 peratus yang dicitakan menjadi nyata.

Selalunya apa yang dirancang adalah secara tahunan dan dia semakin melihat jumlah bakat itu bertukar kepada bentuk wang ringgit.

“Saya mahu pada usia 30 tahun, saya betul-betul stabil. Hanya tinggal tiga tahun untuk merealisasikan cita-cita itu.

Ashraf

“Saya tahu lakonan bukanlah sesuatu yang akan saya bawa sampai ke tua. Saya akan berhenti bila tidak diperlukan lagi,” ujarnya lagi.

Apabila melihat dia penuh antusias bercerita tentang wang ringgit yang merupakan topik utama perbualan, saya bertanyakan sejauh mana faktor itu mempengaruhi seorang Ashraf Muslim.

Dia masih dalam senyum yang sama, menampakkan barisan gigi yang cantik tersusun. Katanya: “Simbol RM itu penting dalam kehidupan.

“Tapi dalam mengejar itu semua, satu yang saya pentingkan adalah agar ia tidak membuatkan hidup saya sia-sia.

“Saya mahukan kebahagiaan dan hidup yang berjalan lancar tetapi kita juga tidak boleh menolak bahawa duit itu sangat penting.”

Diminati lelaki
Percubaannya mendekati teater mendapat perhatian ramai. Bukan hanya kerana langkah sulungnya ke teater tetapi disebabkan watak pertama yang dibawakannya.

Patung Kertas menyaksikan Ashraf berubah menjadi mak nyah di samping pelakon Jalaluddin Hassan.

Umum tahu tentang persiapannya membawakan watak seorang draq queen. Daripada atur percakapan hinggalah liuk lentok badan dipelajarinya.

Tutur Ashraf, suatu ketika dahulu dia pernah membenci golongan itu dan memandang rendah kepada mereka. Namun pembabitan dalam teater ini menyedarkannya supaya jangan menghukum manusia tanpa usul periksa.

“Apa yang perlu kita ketahui ialah kenapa dan bagaimana mereka jadi begitu. Itu yang mahu saya sampaikan.”

Sebelum dia bercerita lanjut tentang teater yang telah pun selesai itu, saya terus bertanyakan impak terhadap lakonannya dengan membawakan watak tersebut. Khabarnya dia bukan sahaja diminati kaum hawa, malah kaum sejenisnya juga.

Ashraf yang tetap dengan pendiriannya untuk tidak pernah mahu hipokrit, menjawab tenang: “Saya akui memang ada yang mahu berkawan.

“Saya jenis yang berkawan dengan sesiapa saja. Tetapi apabila sampai satu peringkat di mana mereka mula membuat panggilan dan melayangkan SMS, saya tidak suka dan mengelak itu semua.

“Ya, saya tahu mereka mungkin peminat, tapi peminat juga ada hadnya. Kalau mereka telefon, saya jawab dan cakap elok-elok. Tapi kadangkala ada juga yang tidak faham hingga membuatkan saya menegur dengan kata-kata sinis dan menyakitkan.”

Idam konsep santai

Sewaktu ditemu ramah, Ashraf hadir dengan teman-teman yang sama bergilaan dalam drama bersiri Renjis. Ikatan kimia mereka jelas kelihatan dan mereka senang bersama.

Melalui Renjis, Ashraf membawakan watak Kelana, jejaka yang gila-gila. Dan kegilaan itu membuatkan Ashraf senang dengan pihak produksi dan menganggap drama ini menarik kerana konsepnya.

“Seronok kerana pada setiap episod, ia memaparkan karakter yang berlainan. Renjis juga menyentuh hal cinta dan diselitkan dengan humor yang santai,” ujarnya yang kemudian ditemani Sherry seketika.

Sherry Ibrahim juga merupakan tulang belakang bagi drama yang disiarkan di Astro Ria pukul 9.30 malam pada Rabu dan bakal berakhir pada 13 Ogos ini.

Drama yang berlatarbelakangkan kisah perkahwinan ini turut membuatkan Ashraf melayangkan fikirannya tentang perkahwinan yang suatu hari nanti bakal direalitikan.

“Saya idamkan perkahwinan yang sederhana tetapi berjalan lancar. Sebenarnya banyak impian perkahwinan saya. Tapi saya tidak mahu buat besar-besaran.

“Cukup ia cantik dalam santai. Yang penting, saya mahu makanannya sedap dan semua wartawan hadir.”

Apabila saya tanyakan adakah impian perkahwinan itu nampak jalannya bersama Sherry, pelakon yang sekarang dekat dengan Ashraf, jawapannya mudah dan biasa didengar: “Kalau ada jodoh insya-Allah.”

“Sheery adalah teman tapi mesra. Saya dan dia senang memahami diri masing-masing dan banyak perkara kami kongsi bersama. Dia ajar saya banyak tentang fesyen.

“Dia cantik. Dan dia tahu apa yang saya mahukan, perihal visi dan misi saya,” ujar Ashraf panjang lebar. Ia cukup membuatkan semua faham apa maksud ‘teman tapi mesranya’.

Ashraf

Tuesday, August 5, 2008

TERBARU DARI ASHRAF MUSLIM

Ashraf baru sahaja selesai berlakon dalam teater muzikal Patriot. Memang suka dan minat sangat berlakon teater. Orang kata, Ashraf dah gian untuk berlakon teater. Apa taknya, dengan berlakon teaterlah Ashraf dapat belajar menghayati watak dan membina karakter tersendiri dalam setiap lakonan.

Jangan lupa kepada peminat semua, Ashraf akan berlakon dalam sebuah lagi teater besar yang akan berada di Istana Budaya nanti. Ashraf rasa ramai dah tahu tajuk teater tersebut... yang tak tahu tu, cubalah teka. Klunya, teater ini diarahkan oleh Ahmad Idham.

Terbaru, selepas selesai teater Patriot, tidak bermakna Ashraf dapat berehat. Banyak lagi kerja yang perlu dibuat. Hari ini, Ashraf ada rakaman sebuah program game show di NTV7. Pada mulanya Ashraf rancang nak berpasangan dengan Sherry Ibrahim tetapi Sherry tidak dapat hadir. Jadi, terpaksalah Ashraf berpasangan dengan Yatt.

Untuk drama terbaru, pada esok (7 Ogos), Ashraf akan mula masuk lokasi sebuah drama yang berjudul Ni Yang Ratip. Drama ini akan menggantikan drama Kekasihku Seru dan bakal mengisi slot Seram di TV3. Diarahkan oleh Ahmad Idham, Ashraf rasa sangat teruja sebab watak yang Ashraf pegang kali ini lain sikit. Percaya tak, Ashraf akan berlakon watak seorang Ustaz pula bernama Ustaz Amirul. Seorang ustaz yang berperwatakan alim, baik, berpegetahuan tinggi dalam agama, warak dan pandai mengaji. Ramai tak percaya, Ashraf dapat mengaji Quran dengan baik. Termasuklah pengarah drama ini sendiri. Alhamdulilah, Ashraf rasa bersyukur sebab dapat berlakon di bawah arahan Ahmad Idham dan Ashraf akan berikan kerjasama sepenuh hati untuk drama ini.

Ini adalah kali pertama Ashraf berlakon untuk sebuah drama seram. Drama 13 episod ini mengisahkan tentang amalan dan kepercayaan seorang bomoh di sebuah kampung yang bernama Niang Ratib. Orang kampung tersebut terlalu taksub dan mempercayai segala amalan dan ajaran bomoh tersebut walaupun ajaran tersebut sesat dan tidak betul. Kehadiran Ustaz Amirul telah mengubah persepsi orang kampung. Ini menjadikan bomoh itu marah dan cuba buat perkara yang tidak baik kepada Ustaz Amirul. Berjayakah bomoh tersebut melakukannya? Itu korang kena tonton drama ini. Selain Ashraf, drama ini akan dilakonkan oleh Liyana Jasmay, Fauzi Nawawi dan ramai lagi.

Sunday, August 3, 2008

TEMUBUAL BUDIEY BERSAMA ASHRAF MUSLIM TEATER PATRIOT

Ashraf Muslim di Malam Gala Teater Muzikal Patriot

Jam 8 malam, 3 Ogos 2008, telah berlangsung malam gala Teater Muzikal Patriot di Istana Budaya. Turut hadir Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan para kenamaan yang lain.

Ini merupakan kali kedua Budiey menonton teater muzikal lakonan Ashraf Muslim yang memegang watak Yahya, seorang askar yang begitu cintakan kekasih dan negaranya. Teman wanita Ashraf Muslim, Sherry Ibrahum juga turut sama hadir bersama dengan pelakon Thumb.

Berbeza dengan malam pra tonton media, ternyata untuk malam gala ini banyak sekali pembaharuan yang telah dinaiktaraf seperti sistem bunyi, skrip, olahan artistik dan juga mutu lakonan serta penghayatan pelakon. Syabas untuk semua yang terlibat dengan teater ini.


Pasangan bahagia



Karakter Yahya; Patriot pejuang bangsa



Sherry Ibrahim bersama Thumb, baru sahaja selesai shooting program raya. Letih sangat kata Thumb.



Ramai betul peminat Ashraf Muslim beratur nak sign autograph

Monday, July 28, 2008

Cabaran Patriot

Oleh Rozdan Mazalan
Berita Harian

Gagal bentuk watak di pentas boleh jejaskan pementasan dan tidak dapat diulang kembali

OGOS adalah bulan yang ditunggu-tunggu perajurit negara. Bulan yang akan sentiasa dikenang selamanya pejuang negara apabila tanah air tercinta bebas dari cengkaman penjajah.

Pelbagai acara juga disusun setiap pihak yang bertanggungjawab untuk meraikan bulan kemerdekaan ini termasuklah Istana Budaya yang akan mementaskan Teater Muzikal Patriot mulai hari ini sehingga 3 Ogos depan.

Baru-baru ini, pelakon yang juga menjadi tunjang utama dalam pementasan itu dibawa sendiri menikmati suasana hutan yang mampu dijadikan inspirasi untuk dipersembahkan menerusi teater itu nanti. Pendekatan itu sekali gus memberi mood kepada pelakon untuk membangkitkan semangat dan menghayati watak yang dipertanggungjawab kepada mereka dengan lebih berkesan lagi.

Ashraf Muslim biarpun seorang pendatang baru dalam arena teater, namun pengalaman yang dilalui dalam bidang drama sebelum ini banyak membantu untuk mendapatkan penghayatan yang baik.

“Teater dan drama adalah salah satu bidang yang sama, namun masih mempunyai perbezaan yang ketara dari segi persembahannya. Bagi saya teater lebih susah berbanding drama.

“Segala yang berlaku di pentas adalah cermin apa yang kita usahakan selama ini. Gagal membentuk watak di pentas maka gagallah pementasan itu dan tidak akan dapat diulang kembali,” katanya yang mendapat skrip tiga minggu sebelum pementasan berlangsung.

Menurut Ashraf, teater Patriot menjadi cabaran besar buatnya memandangkan masa yang singkat untuk dirinya menghayati watak bakal mengujinya.

“Saya tidak mempunyai banyak masa untuk berlatih selain menghafal skrip. Secara jujur saya banyak mendapat bantuan pengarah artistik, Lokman Ghani yang juga bapa saudara saya.

“Saya juga mula meminati teater ini atas desakannya yang banyak memberi pendedahan untuk menonton teater sebelum ini. Teater pertama yang saya tonton adalah Cheng Lock yang diarahkannya. Sejak itu saya mula meminati teater dan sempat juga saya bertanyakan dia kalau ada peluang untuk mencuba.

“Saya diuji dengan teater Patung-Patung yang baru dipentaskan awal tahun ini dan pengalaman itu cukup manis buat saya kerana terpaksa menjadi seorang pondan.

“Pada mulanya saya terkejut dan agak ragu-ragu untuk membawa watak itu memandangkan saya bukan orang yang macam itu. Tetapi apabila difikirkan pelakon lain pun yang bukan mempunyai jiwa macam itu tetapi berani menyahut cabaran maka saya beranikan diri untuk mencuba. Alhamdulillah saya juga tidak sangka kritikan positif saya terima dari kawan-kawan,” katanya yang memegang watak sebagai Yahya dan pernah ditauliah Leftenan Muda pada tahun 2001.

Patriot teater patriotik ketiga Syukor

SEORANG lagi pelakon, Muhamad Syukor Ibrahim yang juga memegang watak sebagai Yahya berganti-ganti dengan Ashraf bagaimanapun mempunyai pengalaman berbeza biarpun Patriot adalah teater patriotik ketiga lakonannya.

“Saya bermula dengan teater patriotik pertama berjudul Kesuma (2006) dan Tunku The Musical (2007), namun saya juga banyak mengikuti beberapa teater lain lagi yang tidak mempunyai unsur patriotik.

“Setiap teater mempunyai perbezaan, kekuatan dan cabaran tersendiri. Teater patriotik sebelum ini banyak menguji diri saya berkaitan vokal yang memaksa saya turut menyanyi.

“Kekuatannya apabila membawakan teater berbentuk patriotik kita harus menggunakan suara seriosa (baritone) yang selalu digunakan pelakon teater antarabangsa,” katanya yang dipilih semasa sesi uji bakat disebabkan kekuatan suaranya menepati teater patriotik.

Sementara, Zila Bakarin yang membawakan watak kecil sebagai Som, gadis kampung turut memainkan peranan yang penting dalam pementasan Patriot.

“Biarpun watak saya terlalu kecil namun saya percaya pengarah mempunyai sesuatu yang ingin disampaikan dalam pementasan itu dan sebab itu watak Som dimasukkan biarpun hanya untuk dua babak saja.

“Saya mula mendapat tawaran untuk pementasan itu sejak Februari lalu dan berlatih seperti biasa. Bagaimanapun untuk bulan terakhir ini saya mula menolak beberapa tawaran berlakon drama untuk menumpukan kepada latihan teater ini.

“Saya berharap dengan watak kecil seperti ini, saya masih mampu menyumbang sesuatu yang besar kepada penonton yang menyaksikan,” katanya.

SINOPSIS:

TEATER muzikal ini memaparkan perjuangan wira negara yang bernama Yahya. Pengorbanannya mempertahankan kedaulatan negara, bangsa dan agama sehingga namanya disanjung tinggi masyarakat.

Disamping mempertahankan negara daripada jajahan komunis, Yahya juga tidak terlepas mempunyai perasaan terhadap seorang gadis di kampungnya bernama Sapura.

Perhubungannya tidak mendapat restui bapa Sapura memandangkan Yahya seorang pemuda miskin. Bapa Sapura lebih mempercayai Zulkifli sepupu kepada Sapura untuk dijodohkan pasangan ini suatu hari nanti.

Dapatkah perhubungan Yahya dan Sapura diakhiri di jenjang pelamin atau cinta Zulkifli diterima Sapura.

INFO:

Pementasan Teater Muzikal Patriot yang dipentaskan sempena sambutan bulan kemerdekaan selain Kempen Rayuan Hari Pahlawan 2008 akan berlangsung mulai hari ini sehingga 3 Ogos 2008 bertempat di Panggung Sari, Istana Budaya bermula jam 8.30 malam.

Patriot yang diterbitkan Aleena Communications Sdn Bhd turut mendapat kerjasama Istana Budaya. Ia diarahkan oleh Rahman Adam dan Lokman Ghani dan turut mendapatkan khidmat Datuk Suhaimi Md Zin (Pak Ngah) selaku pengarah muzik.

Antara pelakonnya seperti Raja Farah, Syarmila Rabbi, Mahmud Ali Basha, Zaibo, Datuk Jalaludin Hassan, Baharudin Omar, Zek Taipan, Mama Rina (AF), Aishah Atan dan ramai lagi.

Tiket untuk menyaksikan pementasan ini boleh didapati di box office Istana Budaya dengan menghubungi 03-40248715 atau 03-40265558. Tempahan juga boleh dibuat dengan melayari laman web www.istanabudaya.gov.my.

Tiket dijual dengan harga bermula RM20, RM30, RM50 dan RM150.

Sunday, July 27, 2008

Muzikal Patriot sempena bulan kemerdekaan

Posted: 26 Jul 2008 01:51 PM CDT

BUKAN mudah menggarap sebuah kisah perang dalam satu pementasan teater muzikal. Namun itulah cabaran yang ingin direalisasikan oleh Rahman Adam dalam pementasan Patriot yang dipentaskan mulai 29 Julai hingga 3 Ogos di Istana Budaya.

Rahman berkata, dia cuba bereksperimen dengan menggabungkan elemen perang dan muzikal dalam usaha memberikan kepuasan kepada khalayak.

Ini kerana, bukan semua penonton suka menyaksikan cerita perang yang agresif semata-mata dan ada kelompok yang gemarkan pengaruh pementasan muzikal.

“Justeru saya cuba memberikan sentuhan terbaik untuk menggabungkan kedua-dua elemen tersebut dan kini latihan untuk menjayakan teater ini sedang rancak dijalankan,” kata Rahman ketika dihubungi petang Rabu lalu.

Menurut pengarah itu, pementasan bagi mengutip derma sempena Rayuan Hari Pahlawan 2008 selain meraikan bulan kemerdekaan dan Hari Angkatan Tentera itu akan dijayakan oleh Shukor Ibrahim dan Ashraf Muslim bagi memegang watak utama, Leftenan Yahya dan Raja Farah sebagai Safura selain Datuk Jalaluddin Hassan, Mahmud Ali Bashah, Zaibo, Zila Bakarin dan Baharuddin Omar.

“Malah Mama Rina AF6 juga buat pertama kalinya akan berlakon dan menjayakan pementasan ini. Saya dapati walaupun pertama kali berlakon, sepanjang latihan dia berjaya memindahkan imej rocknya kepada seorang ibu yang penyayang dan penyedih,” ujarnya yang menulis sendiri skrip pementasan tersebut.

Dibantu oleh Lokman Ghani sebagai pengarah artistik dan Datuk Suhaimi Mohd. Zain (Pak Ngah) sebagai pengarah muzik, Patriot yang menceritakan tentang perjuangan dan pengorbanan orang Melayu ketika menentang tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua diterbitkan oleh Aleena Communications Sdn. Bhd. dan dinaungi oleh Datin Seri Jeanne Abdullah dan dipengerusikan oleh Laksamana (B) Tan Sri Anuar Mohamad Nor.

Pementasan tersebut mendapat kerjasama dan sokongan Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan serta Kementerian Pertahanan. Kemuncak pementasan pada 3 Ogos dengan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Patriot mengisahkan tentang seorang pegawai muda Askar Melayu, Leftenan Yahya yang menentang tentera Jepun dalam Perang Dunia Kedua bersama-sama dengan pasukan askar bersekutu dari Australia dan British.

Menyintai gadis sekampung bernama Safura namun kedua-dua ibu bapa Safura mahu menjodohkandengan Zul yang juga merupakan sepupunya yang kaya raya.

Zul pula bersekongkol dengan MPAJA (Malayan People Anti Japanese Army) dan bila perang tamat, dia menjadi orang kanan ketua komunis.

Yahya pula apabila tahu gadis idamannya ditunang dan dikahwinkan dengan orang lain telah pergi berjuang menentang komunis dan akhirnya terkorban sebagai patriot.

“Pementasan ini bertemakan cinta namun ia bukan semata-mata mengenai kisah antara dua insan tetapi lebih utama cinta kepada negara,” jelas Rahman.

Tiket-tiket berharga RM30, RM50, RM80, RM100, RM130 dan RM180 dan sebarang keterangan lanjut, kunjungi laman web www.istanabudaya.gov.my atau e-mel kepada www.ticket2u.biz atau hubungi 03-40265558.

TEATER 'PATRIOT' SEMPENA HARI PAHLAWAN

Sempena sambutan Hari Pahlawan yang bakal tiba tidak lama lagi, Sekretariat Rayuan Hari Pahlawan telah merancang untuk mengadakan persembahan teater muzikal 'Patriot,' bagi mengisi tabung membantu perajurit.

Teater muzikal 'Patriot' akan dipersembahkan di Istana Budaya pada 29 Julai hingga 3 Ogos. Ianya dibawakan khas oleh Aleena Communication Sdn Bhd dan kerjasama dari Kementerian Perpaduan, Kesenian dan Warisan Malaysia.

Menurut pengarah juga penulis skrip bagi teater ini, Encik Ab. Rahman Adam, cerita ini berdasarkan semangat patriot yang ada dalam diri setiap pejuang.

“Bahkan, watak Yahya Ariffin merupakan satu metafor kepada semangat perjuangan itu,” tambahnya yang telah sekian lama tidak mengarah persembahan teater. Kali terakhir Ab. Rahman Adam mengarahkan teater ialah pada tahun 1968, teater 'Kubu Ketapang' di Victoria Theater, Singapura.

Sementara itu, bagi Ketua Pengarah Istana Budaya, pada musim ini, Istana Budaya membuat satu kelainan apabila menampilkan persembahan mengikut tema berkaitan.

“Sebagai contoh, untuk ulang tahun kemerdekaan ke 51 dan sambutan Hari Pahlawan, teater muzikal 'Patriot' akan dipersembahkan sesuai dengan tema tersebut. Ini tidak pernah dilakukan oleh Istana Budaya sebelum ini,” ulasnya dengan lebih lanjut.

Bagi pengarah teater 'Patung Kertas,' saudara Lokman Ghani, tugasnya untuk teater muzikal 'Patriot' agak berbeza. Kali ini, dia dilantik sebagai pengarah artistik, mengurus dari sudut props, pakaian dan sebagainya.

“Ini merupakan kali pertama saya melaksanakan tugas ini. Untuk teater ini, ianya memerlukan keperincian dan ketelitian, ia disebabkan teater 'period' memerlukan penyelidikan dan kajian,” ujarnya yang pernah mengarah teater 'Bukit Kepong.'

“Selain itu, pihak produksi akan membuat kejutan kepada penonton yang menonton persembahan teater. Kami juga mendapat kerjasama beberapa pihak bagi kenderaan tentera untuk merealisasikan persembahan nanti,” tambah Lokman lagi.

Bagi peminat-peminat Raja Farah pula, mereka pasti tidak sabar menanti kemunculan kali pertamanya di pentas teater. Pelakon yang baru berusia 20 tahun ini bakal membawa watak Safura, seorang gadis lemah lembut yang menjadi rebutan dua jejaka iaitu Yahya Ariffin dan Zulkifli.

“Ini merupakan kali pertama saya terlibat dalam teater. Tawaran telah dibuat dua bulan dahulu. Bila difikirkan ingin mencuba sesuatu yang baru, maka, saya pergi ke uji bakat yang dibuat oleh pengarah, Encik Ab. Rahman Adam.”

“Namun, tidak sangka sama sekali, watak Safura telah ditawarkan kepada saya,” jelasnya dalam nada cukup gembira.

Dia ditanya apakah perbezaan berlakon filem dengan teater, Raja Farah berkata “Dari segi komitmen, teater memerlukan lebih tenaga, masa dan konsentrasi berbanding filem atau drama. Namun, jika dibandingkan dari aspek yang lain seperti skrip, pelakon teater mempunyai kelebihan kerana sering berlatih berdasarkan skrip yang sama setiap hari. Jadi, masalah tidak ingat skrip agak jarang berlaku.”

Jika sebelum ini, peminat-peminat tidak pernah melihat raja Farah menyanyi, teater 'Patriot' menjadi medan ujian untuknya menyampaikan nyanyian.

“Di dalam 'Patriot' saya perlu menyanyi untuk dua buah lagu solo dan sebuah duet. Pada mulanya, pengarah bertanya kepada saya samada ingin menggunakan penyanyi latar, atau suara sendiri. Akhirnya, memikirkan peluang yang ada, saya menggunakan suara sendiri,” ulasnya yang baru mengikuti kelas vokal untuk menyampaikan lagu dalam teater ini.

Di dalam teater 'Patung Kertas,' Ashraf Muslim membawakan watak sebagai Adik Chu, seorang mak nyah yang hidup di kota Kuala Lumpur. Namun, sekali lagi, dia mengambil peluang yang ditawarkan dengan memegang watak sebagai Yahya Ariffin di dalam produksi ini.

Yahya Ariffin merupakan seorang pemuda yang mempunyai semangat juang dalam mempertahankan negara dari penjajah. Namun, di sebalik ketangkasan dan semangat keperwiraan di dalam sanubarinya, masih ada nilai kasih sayang kepada kekasih hatinya, Sapura.

Ashraf Muslim diminta mengulas mengenai watak tersebut, ketika ditemui pada perlancaran teater 'Patriot' baru-baru ini.

“Jika hendak dikatakan ianya watak yang mencabar, bagi saya watak Adik Chu di dalam “Patung Kertas' lebih berat lagi. Lagipun, saya memang mempunyai latar belakang berkaitan ketenteraan semasa menuntut di universiti dulu. Bahkan, untuk produksi ini, saya juga terlibat mengajar pelakon lain berkawad,” terangnya.

Untuk menjiwai watak Yahya Ariffin ini pula, Ashraf menonton filem-filem berkaitan perjuangan seperti 'Bukit Kepong' dan 'Leftenan Adnan.' Ini merupakan filem yang menjadi rujukan utama bagi watak ini.

Dari satu pentas teater ke pentas yang lain, menjadikan dirinya cukup sinonim dengan dunia persembahan ini. Ashraf diminta menjelaskan antara lakonan dalam drama dan pementasan teater, yang mana lebih memberi satu kepuasan kepadanya.

“Saya akui, jiwa saya sekarang amat meminati pementasan teater. Ia umpama satu ketagihan kepada saya. Selepas sebuah teater, saya ingin terlibat lagi. Cukup memberi kepuasan. Tapi, ianya tidak bermakna saya akan terus meninggalkan dunia lakonan drama,” tambah Ashraf yang bakal berlakon di dalam sebuah drama seram terbaru arahan pengarah yang cukup dikenali.

Selain berlakon di dalam teater ini, Ashraf Muslim juga akan turut sama mendendangkan beberapa buah lagu termasuk sebuah lagu duet bersama pendatang baru dunia teater, Raja Farah.

Sebenarnya, teater muzikal 'Patriot' ini mempunyai keunikkan tersendiri. Jika Raja Farah diambil sebagai peneraju utama, walaupun baru menapak dalam bidang teater, Mama Rina, peserta paling tua di dalam sebuah program realiti televisyen juga sama-sama menonjolkan bakatnya dalam bidang ini.

Berbicara bagaimana dia boleh melibatkan diri dalam bidang seni teater ini, Mama Rina berkata, “Semuanya bermula apabila sekadar 'main-main' bertanya kepada sahabat saya, Lokman Ghani (Pengarah Artistik 'Patriot'), jika ada peluang untuk berlakon teater. Namun, Mama tidak sangka, gurauan itu menjadi realiti, apabila Lokman memanggil saya untuk diujibakat. Syukurlah, saya diterima,” ujarnya gembira.

Kala ditanya apakah perasaan kali pertama bukan sahaja dalam bidang teater, tetapi lakonan, dia menjawab “Perasaan Mama bercampur baur, takut ada, suka pun ada. Tapi Mama anggap ianya sebagai satu cabaran, dan akan buat yang terbaik.”

Selalu menjadi persoalan ialah usia. Adakah Mama Rina tidak merasakan sudah agak lanjut untuk terlibat dalam bidang ini, kerana memerlukan dia belajar pelbagai perkara, tuturnya, “Rasa Mama, kalau hendak mencari ilmu, tidak kisah berapa usia pun. Mama tidak reti hendak malu. Rezeki perlu dicari untuk menyara keluarga. Zaman dah berubah,” ajuknya sebuah iklan di televisyen.

Teater muzikal 'Patriot' yang bakal ditayangkan pada penghujung Julai sehingga awal Ogos ini bukan sahaja mempunyai keistimewaan dari sudut jalan cerita dan kejutan yang bakal penonton alami, bahkan, ianya membariskan nama-nama besar dalam industri hiburan tanahair.

Antara mereka yang terlibat ialah Raja Farah, Ashraf Muslim, Ziela Bakarin, Mahmud Ali Basha, Zaibo, Dato' Jalaluddin Hassan, Zek Taipan, Aishah Atan, Baharuddin Omar dan ramai lagi.

'Patriot' memaparkan perjuangan wira negara bernama Yahya Arifin, sanggup berkorban demi negara. Pengorbanan yang terselit di tengah-tengah kisah cinta antara Yahya dan Sapura.

Namun, perhubungan mereka terhalang oleh orang ketiga iaitu Zulkifli. Adakah disebabkan ini, semangat perjuangannya terpadam di tengah perjuangan dan dapatkah mereka melayari hidup bahagia selama-lamanya?

Saksikan, teater muzikal 'Patriot' yang bakal ditayangkan kerana “Cinta memerlukan pengorbanan; hanya mereka yang rela berkorban tahu akan erti cinta yang sebenarnya...”

Tuesday, July 22, 2008

Patriot di Istana Budaya 29 Julai hingga 3 Ogos

Dipetik dari Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 21 Julai – Teater muzikal Patriot yang menceritakan tentang perjuangan dan pengorbanan anak-anak Melayu ketika menentang tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya selama enam hari mulai 29 Julai ini.

Ia, yang diarah oleh Rahman Adam yang juga menulis skripnya dan diterbitkan oleh Arena Communications Sdn. Bhd., turut memuatkan kisah cinta antara watak utamanya Yahya, seorang pegawai askar Melayu dengan kekasihnya Sapura, tetapi akhirnya percintaan mereka terputus di tengah jalan apabila Sapura terpaksa memilih pemuda lain sebagai suaminya.

Antara yang membintangi teater ini ialah Datuk Jalaluddin Hassan, Raja Farah, Muhamad Syukor Ibrahim dan Ashraf Muslim.

Teater yang turut disokong oleh Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan ini turut menampilkan kehebatan lagu-lagu ciptaan Datuk Suhaimi Md. Zain yang lebih dikenali sebagai Pak Ngah sebagai pengarah muzik dan Lokman Ghani sebagai pengarah artistik.

Monday, July 21, 2008

ASHRAF MUSLIM KINI 'GIAN' BERTEATER

21-07-2008 10:47:46 AM

Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ

SELEPAS membintangi teater Muzikal Patung Kertas, aktor Ashraf Muslim semakin 'gian' untuk berlakon teater lagi. Lantas, tawaran kedua untuk berlakon Teater Muzikal Patriot tidak dilepaskan begitu sahaja.

Ashraf berkata, “Setelah saya berlakon dalam teater, saya mula rasa ketagih untuk berlakon lagi. Ia macam candu. Selepas saya mencuba sekali, saya jadi ‘gian’ untuk berteater lagi.

“Berlakon dalam teater lebih memberi kepuasan kepada diri saya berbanding berlakon dalam drama. Insya Allah, saya akan terus berteater selagi diperlukan..”.

Jika sebelum ini, jejaka berusia 27 tahun ini melakonkan watak lelaki lembut atau mak nyah melalui teater pertamanya itu. Kali ini beliau diberi watak lelaki sejati iaitu seorang tentera Melayu yang berjuang di medan perang lingkungan era 40-an sehingga 60-an.

Namun begitu, Ashraf akui berlakon dalam Patriot lebih mudah berbanding Patung Kertas arahan Lokman Ghani.

"Watak Yahya Ariffin ini lebih kurang macam watak Leftenan Adnan. Wataknya lebih berkarisma sebab dia anak sulong. Tetapi apabila dia berjumpa dengan Sapura (Raja Farah), dia berubah menjadi manja.

"Dalam teater ini, akan ada babak saya masuk hutan. Kemudian, saya balik kampung dan menyatakan keinginan untuk berkahwin dengan Sapura.

"Namun, akhirnya dia rasa sedih dan tercabar apabila Sapura dinikahkan dengan sepupunya, Zulkifli (Mahmud Ali Basha). Jadi, ketika berperang, Yahya akan melepaskan perasaan marah dan geramnya," cerita Ashraf yang menerima watak tersebut kerana beliau merupakan bekas askar.

Kata Ashraf, beliau pernah bergelar Leftenan Muda selama setahun. Selepas itu, beliau melibatkan diri dalam perniagaan.

“Bila melihat keadaan diri saya, mungkin orang tak percaya yang saya pernah menjadi tentera dahulu.

“Tetapi, saya memang jenis gentleman, soft spoken kerana saya sudah diajar seperti itu. Sesuai dengan lakonan saya di dalam teater ini,” kata Ashraf.

Menyentuh tentang persediaan dan rujukan yang dibuat bagi memantapkan lakonan di dalam teater ini, Ashraf berkata, beliau membaca sejarah tentang Leftenan Adnan dan Bukit Kepong. Beliau juga banyak mengkaji tentang kisah benar Yahya yang orang tidak gembar-gemburkan.

Bercerita mengenai cabaran yang dihadapinya, kata Ashraf, beliau baru dipanggil untuk berlakon dalam teater tersebut beberapa hari lalu.

“Ikutkan, pelakon sebenar watak Yahya adalah Muhamad Syukor Ibrahim. Tetapi, beliau sedang sakit sekarang. Jadi, saya mungkin akan bergilir-gilir dengannya untuk membawakan watak Yahya nanti.

“Bagaimanapun, saya tetap rasa ini merupakan tanggungjawab yang berat kerana ia ada kaitan dengan kisah benar. Saya takut kalau saya membuat silap. Jadi, saya banyak bertanya kepada Lokman dan Rahman,” jelasnya yang memerlukan masa sekurang-kurangnya sebulan untuk menghayati sesuatu watak.

Ashraf juga menambah, “Ada dua babak sedih yang saya rasakan sukar untuk lakonkan. Jadi, saya perlu bayangkan wajah orang yang membuatkan saya sedih seperti watak Zulkifli dan Sapura.

“Itu yang saya belajar di dalam teater ini. Contohnya, saya bertanyakan kepada Zaibo, Rahman dan Lokman,” ujar pelakon drama bersiri Renjis di Astro Ria ini.

Ditanya tentang gandingannya bersama Farah, rasanya tidaklah timbul rasa kekok antara satu sama lain memandangkan Ashraf pernah bertemu dengan Farah di lokasi pengambaran drama bersiri Manjalara dahulu.

“Dalam teater ini, saya masih baru hendak mencari keserasian dengan Farah. Kadangkala, saya kena create skrip sendiri agar ada sense of humor antara kami,” beritahu Ashraf yang sedang intim dengan pelakon Sherry.

Selain membahagikan masanya untuk berlakon dalam Patriot, Ashraf juga perlu pandai meluangkan masa untuk berlakon dalam drama Dari Mata Arisa.

“Saya rasa stress juga apabila banyak benda nak tumpu sekarang,” luah Ashraf ringkas.

Selepas selesai berlakon dalam teater Patriot, Ashraf akan melakonkan watak seorang ustaz dalam sebuah drama untuk slot Seram arahan Ahmad Idham yang akan bermula pada bulan depan dan dijangka selesai pada September nanti.

Kata Ashraf, hubungannya dengan Sherry masih sama seperti dahulu dan dalam proses mengenali hati budi masing-masing.

“Kami merancang untuk berduet bersama. Lagu duet yang kami nyanyikan akan dimuatkan dalam album Roy and Friends.

“Saya rasa tiada masalah untuk menyanyi dengannya kerana kami pernah karaoke bersama,” ujar Ashraf.

Saksikan Ashraf Muslim, Raja Farah, Zila Bakarin, Datuk Jalaluddin Hassan, Mama Rina AF6 dan ramai lagi dalam Teater Muzikal Patriot di Istana Budaya mulai 29 Julai ini hingga 3 Ogos depan.

Friday, July 18, 2008

TEATER PATUNG KERTAS AKAN DIFILEMKAN

TEATER MUZIKAL PATUNG KERTAS akan difilemkan. Antara pelakonnya ialah Aznil Nawawi... dan beberapa pelakon lain yang masih dalam perbincangan.

Ahmad Idham dijangkakan akan mengarahkan filem ini.

Adakah Ashraf Muslim akan membintangi filem ini? Sama-sama kita tunggu.

ASHRAF MUSLIM BAKAL BERLAKON DALAM DRAMA NIYANG RATIP AHMAD IDHAM

Menurut wartawan paling kontroversi... Azwan, Ashraf Muslim akan menjalani pengambaran Drama Niyang Ratip arahan Ahmad Idham. Pengambaran akan bermula pada awal Ogos 2008.

Ashraf Muslim memegang watak utama dalam drama ini. Drama ini memerlukan kriteria dan watak pemuda yang pandai mengaji Quran. Ramai yang tidak sangka, Ashraf Muslim dapat mengaji Quran dengan baik.

Wednesday, July 16, 2008

Sekitar Majlis Pelancaran Teater Muzikal PATRIOT

"Cinta memerlukan pengorbanan"


'Hanya mereka yang rela berkorban tahu akan erti cinta yang sebenarnya.."


Semalam 15 Julai 2008, telah berlangsung Majlis Pelancaran Teater Muzikal Patriot di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Selain pengarah Rahman Adam dan pengarah artistik Lokhman Ghani, para pelakon juga turut hadir memeriahkan majlis. Sebanyak 3 babak telah dipertontonkan kepada media.



Teater ini diterbitkan bagi mengumpul dana untuk rayuan Hari Pahlawan tahun 2008. Aleena Communication Sdn Bhd telah dilantik untuk menerbitkan teater ini oleh Sekretariat Rayuan Hari Pahlawan Tahun 2008. Teater ini mendapat sokongan padu dari Istana Budaya dan Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Keseniaan dan Warisan Malaysia.

Teater yang berdurasi selama dua jam ini akan dipersembahkan di Panggung Sari, Istana Budaya dari 29 Julai hingga 3 Ogos 2008 ini. Ianya bertujuan untuk menyemai semangat patriotik di kalangan masyarakat. Dibintangi oleh pelakon ternama seperti Raja Farah, Muhammad Syukor Ibrahim, Ashraf Muslim, Dato' Jalaluddin Hassan, Zila Bakarin, Mahmud Ali Basha, Zaibo dan ramai lagi.

Sebenarnya, kerja-kerja pra-produksi telah pun dimulakan sejak Disember 2007 yang lalu. Teater arahan Rahman Adam yang juga turut menjadi penulis skrip turut menampilkan kehebatan lagu-lagu ciptaan dan sentuhan Datuk Suhaimi Md Zain (Pak Ngah) sebagai Pengarah Muzik, sementara Lokman Ghani yang berpengalaman mengarah teater hebat seperti Tikar Mengkuang, Bukit Kepong, Muzikal Cheng Lock dan banyak lagi adalah Pengarah Artistik untuk teater ini.

Teater ini mengisahkan keperwiraan seorang anak watan berjuang membela kedaulatan tanahair. Patriot akan mengekploitasi pentas canggih dan luas Istana Budaya seperti beberapa adegan pertempuran dalam Perang Dunia Kedua dan suasana serangan pengganas komunis ketika zaman darurat.

Teater yang membawakan kisan pengorbanan cinta darah dan air mata ini telah pun dilancarkan di Lambang Sari IB pada 26 Februari 2008. Ia dijangka dipentaskan di beberapa buah negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak sebagai salah satu acara sambutan Hari Kemerdekaan ke-51.

Penerbit Teater Muzikal Patriot, Brig. Jen. (B) Dato' Nik Mohd Zaaba berharap peminat seni teater tanahair dan orang ramai akan memberi sokongan dengan hadir menonton sambil menderma kepada Tabung Rayuan Hari Pahlawan 2008.

Pengarah Rahman Adam kata:

Bukan wang atau keuntungan yang menjadi sasaran tetapi untuk teater ini diadakan untuk mengutip derma bagi tabung pahlawan. Terima kasih kepada IB kerana sudi memberi peluang dan Lokman Ghani atas komitmen tak berbelah bagi."

Ucapan dari wakil IB:

"Tahun ini ada kelainan pementasan kerana tema pementasan ini sangat cantik untuk mengisi kekosongan untuk slot sambutan kemerdekaan. Diharapkan IB akan terus ceria dengan pementasan ini."

Lokman Ghani kata:

"Ini adalah kali pertama saya fokus kepada aspek artistik untuk membantu teater ini nampak lebih menarik dan banyak idea kreatif telah difikirkan. Cabaran kami adalah untuk memberikan gambaran kepada penonton suasana sebenar era tersebut. dari segi prop, kostum, kita akan buat kejutan dan akan mengusung bangkai helikopter d.

SINOPSIS TEATER MUZIKAL PATRIOT
Teater muzikal ini memaparkan perjuangan wira negara bernama Yahya yang sanggup berkorban demi negara. Pengorbanan perwira negara ini menyelitkan kisah cinta antara Yahya dan Sapura. Bapa Sapura lebih memandang kepada harta kekayaan berbanding ketulusan cinta anak muda. Tiba-tiba Zulkifli muncul dengan restu bapa.

Apakah sumpah setia antara Yahya dan Sapura akan berjaya melayari bahtera rumahtangga?

TEMA CERITA
Kisah seorang bekas perajurit yang pernah berjasa kepada negara, berjaya menentang polimik cinta yang terhalang. Akhirnya dia akur kepada keperwiraannya dan tegak sebagai seorang bekas tentera yang berwawasan dan punya identiti tersendiri serta dihormati sepanjang hayatnya. Dengan azam dan tekad, dia berjuang sebagai perwira yang berjasa dan bukan sebagai pahlawan yang kecewa di medan cinta.

TEATER MUZIKAL PATRIOT
Tamatnya Perang Dunia ke-2 dan penyerahan kuasa tentera British kepada Angkatan Tentera Malaysia menjadi titik-tolak kepada Teater Muzikal Patriot, sebuah kisah perjuangan menentang tentera Jepun melibatkan 25 orang rekrut anak Melayu dari kompeni percubaan Askar Melayu di-Raja.

Yahya, antara seorang anggota rekrut yang dipilih menyahut cabaran negara dan kekasihnya, Sapura. Anak kelahiran desa ini mempunyai minat yang tinggi untuk menyertai angkatan tentera. Pada peringkat awal terasa impiannya tidak akan jadi nyata disebabkan memelihara ibu yang sudah tua.

Mejar G.M.S Bruce dari Regimen Lincolnshire dilantik menjadi Pegawai Memerintah pertama pasukan ini. Yahya dan rakan-rakannya yang lain merupakan kumpulan pertama dihantar ke Port Dickson, Negeri Sembilan untuk menjalani latihan ketenteraan.

Memandangkan pembesaran pesat pasukan ini, Rejimen Askar Melayu ketika itu kekurangan pegawai. Empat orang askar yang berkebolehan telah dipilih untuk menjadi ketua platun dan dijadikan Pegawai Muda. Atas sikap dan kepimpinannya serta mempunyai disiplin yang tinggi, maka Yahya telah ditawarkan ke jawatan Pegawai Muda.

Malangnya disebabkan tiada berita dari medan perjuangan dan ada desas desus mengatakan Yahya telah gugur ketika berjuang menentang tentera Jepun, cinta Sapura telah beralih arah dan akhirnya memilih pemuda lain sebagai suaminya atas desakan Pak Long. Ayahnya yang mengutamakan wang dan kebendaaan. Yahya kecewa dengan sikap Sapura yang tidak sanggup menerima dugaan hingga menjadikan cintanya terlallu rapuh.


Ashraf Muslim sebagai Yahya



Zila Bakarin



Mama Rina sebagai ibu kepada Yahya



Aishah Atan



Lokman Ghani: Pengarah Artistik


Siapa Lokman Ghani?
Berasal dari Sekam Melaka, menerima pendidikan Seni Kreatif di Universiti Sains Malaysia. Lokman bermula sebagai penari dan berkembang menjadi koreografer. Pernah berlakon dalam banyak drama pentas seperti Bukit Keramat, Uda dan Dara, Bertam Bertam Bukan Semambu, Anak Tanjung, Tun Mamat, Puteri Gunung Ledang dan Julius Caesar.



Tuesday, July 15, 2008

GAMBAR ASHRAF MUSLIM DI SIDANG MEDIA PELANCARAN TEATER MUZIKAL PATRIOT: PART ONE

Tahniah kepada Ashraf Muslim kerana terpilih memegang watak utama dalam teater Muzikal Patriot. Pada 15 Julai lalu, Ashraf Muslim telah hadir di majlis pelancaran Teater Muzikal arahan Lokhman Ghani ini di Istana Budaya.

Kepada peminat jangan lupa untuk datang menyaksikan persembahan teater lakonan Ashraf Muslim pada 29 Julai hingga 3 Ogos 2008 ini. Dapatkan tiket anda sekarang di http://www.ticket2u.biz

Ashraf Muslim akan berlakon dengan pelakon baru dan lama dalam filem ini. Antaranya Raja Farah, Mahmud Ali Basha, Ziela Bakarin, Mama Rina, Dato' Jalaluddin Hassan, Baharudin Omar, Umi Nurfadhilah, Aishah Atan dan ramai lagi.

Ashraf Muslim - Patriot

Ashraf Muslim - Patriot

Ashraf Muslim - Patriot

Ashraf Muslim - Patriot

Tuesday, June 17, 2008

Gambar Ashraf Muslim @ Sidang Media Drama Impian

Ketika di Sidang Media Drama Impian pada pagi tadi, Budiey juga sempat bertemu dengan Ashraf Muslim, tampil ceria walaupun masih letih dengan kesibukan berlakon drama.

Sekarang ini, pelakon muda yang punya bisnes jual kambing ini sedang sibuk menjalani pengambaran drama Dari Mata Arissa. Kesian kat Ashraf, pagi tadi masa nak memacu kereta ke sidang media, cermin sisi keretanya pecah. Masuk ni dah dua kali pecah. Tak pe, mungkin ada rezeki tengah menunggu kat depan.

Ashraf Muslim akan mengikut rombongan TV3 untuk bertemu dengan orang Pulau Pinang sempena dengan Anniversary TV3 di sana. Peminat Ashraf Muslim boleh menonton drama Renjis yang sedang disiarkan di Astro Ria, jam 6.30 petang juga drama Impak Maksima di TV3.





Monday, June 16, 2008

ASHRAF MUSLIM KAKI BULI?

BEKAS REKRUT KAKI BULI

Dari kisah ternakannya Ashraf semakin rancak bercerita mengenai dirinya yang sedikit sebanyak mempengaruhinya menghayati watak antagonis dalam INTS.

Daripada riak wajah innocesennya, siapa sangka ashraf sebenarnya seorang bekas pegawai tentera simpanan @ reserve oofficer unit sewaktu menuntut di UiTM Dungun Terengganu dalam jurusan diploma perkaunan.

Kata Ashraf, kalau di Kolej dulu, dia lebih dikenali sebagai kaki raging dan aktiviti menyakat junior dalam rutun tak hariranlah dia senang nak feel karakter Zack.

Apa pun satu setengah tahun dalam dunia lakonan, anak sulong 7 beradik ini pernah membintangi telenovela Manjalara, UP (Hati), Anumeta dan lain-lain.

Sunday, June 15, 2008

Ashraf Berduet Dengan Sherry Dalam Lagu Tak Kenal Maka Tak Cinta

Dipetik dari Metro Ahad (15 Jun 2008)

Namun, gadis ini lebih selesa apabila rahsia kekal rahsia. Sekalipun diajukan pelbagai soalan, dia tidak mahu membuka cerita sebenar mengenai hubungan ‘intim’ antara dirinya dan Ashraf Muslim.

Bagi Sherry Ibrahim atau lebih senang disapa Sherry, dia tidak kisah jika ada pihak mahu mengatakan dia dan temannya adalah pasangan bercinta. Katanya, dia tidak boleh menghalang persepsi yang dilontarkan umum kepadanya.

“Saya dan Ashraf boleh diibaratkan sebagai teman rapat. Lagipun, kami sama-sama bergelar artis baru yang mahu membina kerjaya dalam industri ini.

“Mungkin apabila terlalu kerap bersama membuatkan umum berpendapat kami bercinta. Pun begitu, saya tidak mahu menyatakan hubungan kami seperti itu kerana hakikatnya percintaan bukan perkara mudah. Lebih-lebih lagi kami sama-sama artis yang sibuk dengan kerjaya.

“Saya tidak nafikan setiap kali berdepan masalah, pasti Ashraf menjadi tempat melepaskan segala bebanan itu. Begitu juga dirinya dan perkara itu menjadikan kami lebih rapat. Jadi, mungkin perkara ini membuatkan peminat dan teman bercerita dan mengatakan kami bercinta. Namun kalau benar sekalipun, mungkin tidak menjadi masalah. Namun, semuanya terpulang kepada soal jodoh,” katanya.


Tambah Sherry, dia dan Ashraf tidak mahu terlalu memikirkan soal cinta itu. Bak kata orang, biar semuanya mengikut peredaran masa.

“Sekarang kami sibuk dengan kerjaya. Sebab itu saya hanya akur dengan apa yang terjadi. Bagi saya, kawan dan cinta dua perkara berbeza. Lagipun, kita sukar kehilangan kawan, tetapi cinta boleh pergi begitu saja.

“Walau apapun terjadi, semuanya kembali kepada soal jodoh. Jika ditakdirkan jodoh antara kami, mengapa tidak,” katanya.

Selain soal cinta yang hangat diperkatakan ramai, gadis berusia 25 tahun ini tidak melupakan kerjayanya. Sebaliknya, Sherry mengorak langkah pula dalam bidang nyanyian yang menjadi minatnya sejak dulu.

“Sebenarnya sebelum bergelar pelakon, saya meminati bidang nyanyian. Kerana rezeki sebagai pelakon hadir dulu, saya melupakan seketika soal menyanyi.

“Kini saya selesa dengan apa yang saya ceburi, rasanya tiba masanya untuk kembali memenuhi minat saya ini. Lagipun, baru kini saya menerima peluang menyanyi.

“Untuk permulaan, saya akan menyanyikan lagu Tak Kenal Maka Tak Cinta yang diberi nafas baru. Lebih menarik, saya akan berduet bersama Ashraf untuk lagu ini.

“Lagu ini akan dirakam tidak lama lagi dan dimuatkan dalam mini album bagi menguji pasaran. Jika ada rezeki, saya akan tampil dengan album penuh. Cuma sekarang biar masa menentukannya,” katanya.

Tambah Sherry, sekalipun dia cuba melebarkan sayap ke bidang nyanyian, bidang lakonan tetap tidak dilupakan. Katanya, dia akan cuba mengimbangkan kedua-dua bidang itu.

“Seperti saya katakan tadi, bidang seni suara adalah minat saya. Disebabkan rezeki berlakon datang dulu, saya utamakan yang mana dulu.

“Kini, saya cuba melebarkan sayap demi mencari pengalaman. Lagipun, tak salah rasanya untuk saya dikenali sebagai artis versatile,” katanya.

Terbaru, Sherry bakal memeriahkan Karnival Kembara Metro Ahad yang akan diadakan di Sungai Petani, Kedah pada 21 Jun ini. Menurut Sherry, dia tidak sabar untuk bersama-sama peminat menjelang hari kemuncak karnival itu.

“Bagus juga Metro Ahad mengadakan aktiviti riadah seperti ini. Selain dapat mengumpulkan pembaca, mereka dapat beriadah dan berehat bersama keluarga dan rakan.

“Begitu juga buat kami sebagai rakan artis yang dijemput memeriahkan suasana. Jelas sekali, ini antara peluang merapatkan diri dengan peminat,” katanya yang turut berkonvoi satu kereta bersama Que Haidar.

ASHRAF MUSLIM SI PENGGEMBALA LEMBU

Si Gembala Lembu

Cerita Muhammad Ashraf Muslim, 26 tentang karakternya dalam INTS menjadikan lakonan sebagai satu loncatan finalis Cleo Most Bachelor of the year 2006 ini mula ditawarkan berlakon dalam drama Impian Ilyana musim kedua.

Ketika itu, langkahnya masih berat untuk mennggalkan profesionnya sebagai seorang usahawan menternak lembu dan kambing milik keluarganya di Peguh Melaka. Maklum sahajalah, berlakonkan terikat dengan komitmen tanpa mengira waktu namun apabila dirasakan memberi peluang bukan setakat bayaran bahkan dapat kenalan sekaligus membantu mengkomersialkan perniagaannnya. (Sah! Otak bisneslah mamat nih)

Kata Ashraf setiap kali dapat kenalan baru, @ di kalangan teman-teman artis, tanpa segan silu, dia menawarkan pembekalan daging lembu @ kambing bagi mereka yang berminat. Malah, rezekinya semakin masyuk menjelang musim perayaan @ majlis keramaian.

Saturday, June 14, 2008

WATAK ASHRAF MUSLIM DALAM IMPAK MAKSIMA

Petikan daripada majalah HYPE

Zack anak orang kaya yang ada kereta drift tapi taklah terror mana nak drift. Dia selalu tak puas hati dengan Ayie & the gang. Suka nak cari pasal dengan budak-budak tu. Zack selalu cabar Ayie berlumba.

Nak tunjuk siapa lagi hebat dan macho kat depan seorang awek cun, Eva. Memang ni perasan bagus pun, saya prefer watak jahat sebab tak susah nak feel berbanding watak baik. Lagi pun masa study dulu, saya dikenali sebagai senior yang agak garanglah. Heheheh, setakat ini cabarannya, bila saya kena berlakon jadi maknyah (Anumeta), susah... tapi saya nak cuba jugak.

Untuk INTS, satu pengalaman baru dan bestlah sebab sepanjang INTS saya dapat peluang dan belajar sikit-sikit pasal drift.

Wednesday, June 11, 2008

Majlis "perkahwinan" Serina meriah!

Majlis "perkahwinan" Serina meriah!
Oleh: Wahida Asrani

Petikan dari MstarOnline

Bagi mereka yang hadir ke Palace of the Golden Horses, Seri Kembangan minggu lepas, pasti dapat merasakan kemeriahan majlis perkahwinan di antara pelakon jelita Serina Redzuawan dan model Ashraf Muslim.

Majlis yang diadakan selama dua hari iaitu pada 18 dan 20 Mei lepas bukan saja dilakukan di dalam suasana perkahwinan diraja Perak, malah turut dihadiri oleh lebih 1000 delegasi asing yang rata-ratanya adalah penggiat industri makanan.

Serina dan Ashraf Muslim di majlis "adat berinai" di Palace of the Golden Horses baru-baru ini (Foto: The Star)

Ternyata "lakonan" yang dipamerkan mereka sebagai pasangan pengantin diraja ini membuatkan ramai delegasi luar yang hadir ke sana sempena Gourmand World Media Awards 2005 amat tertarik dengan keindahan budaya Melayu yang penuh dengan adat tradisi.

"Sebenarnya, saya hanya jadi model untuk majlis perkahwinan diraja perak yang dilakukan sempena Gourmand World Media Awards, sebuah majlis gourmet baru-baru ini. Bukan kahwin betul-betul tau!," ujar pelakon yang berusia 22 tahun ini.



Pelbagai aktiviti telah diadakan sempena majlis berprestij itu yang berlangsung pada 17 hingga 21 Mei lepas, antaranya pameran buku masakan, persidangan, penyampaian anugerah buku masakan serta persembahan kesenian warisan Malaysia.

Serina telah digandingkan bersama Ashraf untuk mempersembahkan adat perkahwinan diraja Perak termasuk upacara adat berinai dan bersanding, yang merupakan antara budaya Malaysia yang ditonjolkan pada majlis itu. Turut dipersembahkan adalah kebudayaan Minangkabau dan Baba Nyonya.

"Saya gembira dapat turut serta di dalam majlis gilang-gemilang ini. Sebenarnya, ayah yang minta saya untuk jadi model memandangkan dia juga adalah orang kuat untuk majlis itu.

"Saya terima tawaran ini kerana rasakan ia satu peluang untuk perkenalkan budaya kita kepada masyarakat luar. Bagi saya inilah satu sumbangan yang saya mampu berikan untuk negara," kata Serina lagi.

Bercerita mengenai pengalamannya "dikahwinkan" di hadapan ribuan tetamu dan delegasi asing yang hadir, Serina berkata ia satu pengalaman yang cukup manis dan tidak akan dilupakan sehingga bila-bila.

"Tak ada sebarang rehearsal pun. Saya terus datang pada hari tersebut untuk jadi model. Hari tu jugalah saya berjumpa Ashraf buat pertama kalinya.

Chef Wan turut menepung tawar pasangan "pengantin" ketika majlis persandingan (Foto: The Star)

"Macam-macam perkara yang melucukan ketika majlis persandingan tu terutama waktu upacara menepung tawar. Ada yang terus campak saja beras tepung tawar tu pada kami dan air mawar tu pun habis mereka renjiskan sampai ke kepala kami.

"Tapi, seronok sangat. Kita pun fahamlah mereka memang tak biasa dengan adat kita," tambahnya.

Menurut Serina lagi, pengalaman bersanding itu juga telah membukakan matanya tentang majlis persandingan yang dianggapnya satu perkara yang agak rumit.

"Ketika duduk atas pelamin tu, terus saya bayangkan bagaimanalah nanti bila persandingan saya
Serina nampak ayu dengan persalinan pengantin diraja Perak (Foto: The Star)

yang betul-betul. Bukan apa, saya ni jenis yang suka bercakap, sedangkan ketika bersanding pengantin kena duduk senyap saja.

"Masa tu pun saya sempat curi-curi bercakap dengan Ashraf sebab dah tak larat nak duduk senyap je," kata Serina ketika menceritakan pengalamannya menjadi pengantin diraja.

Apa yang penting, menurut Serina, majlis itu benar-benar memberi banyak manfaat kepada dirinya, walaupun penglibatan dan sumbangannya mungkin kecil untuk sebuah majlis bertaraf dunia itu.

"Ada juga yang tahu saya ni seorang artis dan datang bertanya macam-macam pada saya.

"Memang gembira, tapi bagi saya lebih membanggakan jika mereka pulang ke negara masing-masing dan dapat ceritakan tentang adat dan budaya kita kepada keluarga dan kenalan mereka," katanya lagi yang kini sedang sibuk dengan bidang lakonan dan pengacaraan.

Sunday, June 1, 2008

Saturday, May 31, 2008

Profile Ashraf Muslim @ The Cleo 50 Most Eligible Bachelors 2006

BACHELOR NO.:27
NAME:Mohd Ashraf Muslim
OCCUPATION:Entrepreneur
AGE:25
ZODIAC:Virgo
FAVE HANGOUT:Mamak stalls or basketball court
TALENT:I play a good game of basketball.

Vote For HimFull Size Picture
Tell Your FriendsEmail Him

1.The nicest thing a woman’s ever said about me is…
“You look great today!”

2.Being successful to me means…
Working hard, there is no substitute for it.

3.What were you teased about as a child?
They teased me for having a sharp nose.

4.Men make the worst…
Baby-sitters.

5.A wife-beater is …
Someone who didn’t understanding his mom’s life.

DRAMA BERSIRI RENJIS: EPISOD PERTAMA



Drama Renjis Episod Pertama yang menampilkan Ashraf Muslim

Monday, May 26, 2008

Perlawanan Persahabatan Bolasepak Sorakan Emosi FC VS UITM

Kepada semua peminat Ashraf Muslim, datanglah beramai-ramai ke Dataran Petaling Jaya (Belakang Amcorp Mall) pada 30 Mei ini sebagai sokongan anda kepada pasukan Sorakan Emosi FC.

Bersempena dengan perlawanan bola sepak berprestij EURO 2008, satu perlawanan persahabatan akan diadakan di antara Sorakan Emosi FC menentang UITM. Perlawanan ini diadakan bertujuan untuk memeriahkan lagi sambutan piala Eropah 2008 yang akan berlangsung sepanjang Jun ini di samping mengeratkan hubungan di antara warga kerja Media Prima Berhad, pelajar-pelajar dan para artis.

Sorakan Emosi FC diwakili oleh Danny X- Factor, Hans Issac, Fizz Fairuz, Ashraf Muslim, Beego, Faizal Tahir, Zed Zaidi, Erry Putra, Zul Yayha, Seelan Paul, Faizal Ismail, Tabah Syazwan, Abu Bakar Atan, Fadzil Rais dan warga kerja MPB:-

Tarikh:
30 Mei 2008 (Jumaat)

Masa:
7.30 malam

Tempat:
Dataran Petaling Jaya (Belakang Amcorp Mall)

Tuesday, May 20, 2008

DIANA DANIELLE & ASHRAF MUSLIM @ DRAMA RAHSIA DI SEBALIK WAJAH

Peminat setia pelakon cantik dan berbakat Diana Danielle & pelakon macho Ashraf Muslim seharusnya tidak melepaskan peluang menyaksikan ikon di kalangan remaja ini melakonkan watak gadis psiko menerusi Rahsia Di Sebalik Wajah (23 Mei 2008) mengisi slot Citra, jam 10.00 malam di RTM2.



Jika sebelum ini Diana Danielle yang sinonim dengan watak gadis lemah dan pelakon air mata namun menerusi Rahsia Di Sebalik Wajah menyaksikan wataknya sebagai Jasmin, gadis yang berdepan tekanan apabila keluarganya menghadapi konflik misteri pembunuhan yang mengheret ibunya ke muka pengadilan kerana disyaki membunuh si ayah. Namun hakikatnya di sebalik pembunuhan itu tersembunyi kebenaran siapakah pembunuh sebenarnya.

Rahsia Di Sebalik Wajah turut dibintangi pelakon kacak Ashraf Muslim, Zizan Nin, Haleeda, Noniswara, Hazira Qistina dan Roy Azman.



Rahsia Di Sebalik Wajah menyorot kisah gadis bernama Jasmin yang secara kebetulan berkenalan dengan pemuda idamannya, Syahzman yang bekerja sambilan di kedai buku. Dia mengenali Syahzman sebagai seorang sahabat yang menjadi lelaki idamannya. Justeru Jasmin menjalani kehidupannya dengan penuh keceriaan.

Sesuatu yang begitu mengagumkan apabila Jasmin mengetahui sepenuhnya latar belakang Syahzman malah begitu bersungguh mahu membantu pemuda itu menyelesaikan masalahnya yang kerap diganggu makhluk halus.

Jasmin begitu bersungguh mahu membantu Syahzman. Pelbagai usaha dilakukan namun segalanya tidak mampu mengeluarkannya daripada dibelenggu makhluk itu. Malah semakin lama semakin teruk dia diganggu sehingga kemuncaknya makhluk itu hampir-hampir menampakkan dirinya.

Buntu mencari jalan penyelesaian, Jasmin meminta nasihat daripada ibu saudaranya, Emma, pakar psikiatrik yang baru pulang dari Scotland. Namun pertemuan Jasmin dengan Emma untuk menyelesaikan kes Syahzman telah membongkar rahsia kebenaran yang mengecewakan hati gadis itu tentang hakikat kewujudan Syahzman.

Jasmin sebenarnya terperangkap dengan memori hitam dalam hidupnya yang melibatkan kematian ayahnya yang telah mendera ibunya secara mental dan fizikal selama bertahun-tahun. Faktor apakah yang mendorong Jasmin ‘menghidupkan’ teman dampingannya itu melalui halusinasinya?

Jangan lepaskan peluang menonton kesudahan Rahsia Di Sebalik Wajah (23 Mei 2008) mengisi slot Citra, jam 10.00 malam di RTM2 yang sarat dengan erti pengorbanan seorang ibu demi kebahagiaan dan masa depan anak kesayangannya.





Saturday, May 17, 2008

INFO & CHANGE DATE FESTIVAL JANGAN LUPA

This week on Festival shows one drama "Jangan Lupa". Typical storyline about a son who actually forgotten his family especially his mother when he grown up and stays in urban city.

Information :
Actor/Actress: Ashraf Muslim, Kay Maria, introducing Melissa Wong, with Roger Tan, Megat Shamsuddin, Zachary J. Awang
Produced By: Tan Yin Yin , Joanna Chan
Executive Producer: Mai Fernandez, Tan Yin Yin, Joanna Chan
Music By: Ub3rsound
Wardrobe: Karjuen Yee
Make-up: Rae En
Art Director: J.Wong
Director of Photography: Yap Kien Wai
Story By: Ang Eng Ann
Screenplay By: Fendi Ang, Janell Ang Lee
Co-Directed By: Janell Ang Lee
Directed By: Mai Fernandez

Showtime : 18th May 2008
Time : 10:45pm
Channel : NTV7

Friday, May 16, 2008

SYNOPSIS FESTIVAL - JANGAN LUPA

Jangan Lupa (ntv7, 10.45pm) Amir, brought up single-handedly by his mother Rosmah in their village, migrates to the big city. Once humble and friendly, he gets caught up with city life and becomes a changed person. Then he returns to visit his mother. Starring Ashraff Muslim, Kay Maria and Melissa Wong.

Thursday, May 15, 2008

ASHRAFF TERKENANG EMAK

harian metro
Oleh Ramlah Zainal

Kata pelakon meningkat naik ini, Allahyarham ibunya, meninggal dunia kerana penyakit kanser, kira-kira tiga tahun lalu.

“Kehilangan ibu masih meninggalkan kesan mendalam pada diri saya. Masih terbayang saat-saat indah ketika bersama ibu dulu. Maklumlah, ibu meninggal dunia ketika saya masih memerlukan kasih sayangnya.

“Justeru, bila ditawarkan berlakon dalam cerita mengisahkan pengorbanan ibu, saya akui sukar menolaknya,” katanya.

Selain itu, kata Ashraff, dia juga tertarik dengan jalan cerita Jangan Lupa yang mempunyai mesej kekeluargaan serta boleh memberi pengajaran pada generasi muda hari ini.

“Mungkin ada yang mengatakan cerita ini ada sedikit persamaan dengan cerita dongeng Si Tanggang tetapi bagi saya, apa yang penting mesej positif yang disampaikan pada masyarakat.

“Saya berharap generasi muda dapat menghayati cerita ini dan seterusnya mengambil iktibar darinya. Jangan Lupa mempunyai tarikan kerana ia memaparkan realiti dalam kehidupan,” katanya.

Antara cabaran dihadapi Ashraff untuk menjiwai watak Amir ialah dia banyak bermain dengan emosi dan perasaan.

“Setiap kali dapat skrip, saya akan memahami jalan ceritanya terlebih dulu. Babak paling sukar ialah ketika Amir putus hubungan dengan Marina dan dihalau teman wanitanya itu. Begitu juga ketika Amir bertemu semula dengan ibu dilupakan selama ini.

“Bagaimanapun, saya dan Kay Maria yang memegang watak ibu dalam telefilem ini mempunyai keserasian. Apatah lagi, Kay ada sifat keibuan yang cukup kuat dan ia memudahkan saya menjiwai watak Amir,” katanya.

Pada masa sama, Ashraff berkata, dia juga menimba pengalaman berharga bekerja dengan pengarah telefilem itu, Mai Fernandez.

“Mai benar-benar tonjolkan keindahan kawasan kampung seperti dikehendaki dalam cerita ini. Kalau penggambaran di kawasan kediaman daif pula, dia tonjolkan flet yang benar-benar daif,” katanya.

Ashraff ditemui ketika menjayakan sesi fotografi bersama barisan pelakon telefilem Jangan Lupa yang diatur Rap di Balai Berita, baru-baru ini.

Hadir sama, dua lagi teraju utama telefilem itu, pelakon baru Melissa Wong dan Kay Maria. Tidak ketinggalan, Penerbit Eksekutif, Phosumpro! Sdn Bhd, Tan Yin Yin (penerbit telefilem ini) dan pengarah bersama, Janelle Ang Lee.

Melissa, 18, dari Kuala Lumpur yang membawa watak Marina dalam telefilem itu berkata, Jangan Lupa cukup bermakna buat kerjaya lakonannya kerana ia penampilan pertamanya sebagai pelakon.

“Saya menghadiri uji bakat sebelum diterima beraksi dalam telefilem berkenaan. Ia juga memberikan pengalaman cukup berbeza pada saya.

“Watak saya sebagai Marina juga mencabar kerana dia menjadi punca Amir melupakan tanggungjawab sebagai anak pada ibunya.

“Sebagai pelakon baru, pada mulanya saya berasa kekok di lokasi tapi dengan bantuan pengarah dan pelakon berpengalaman seperti Ashraff, saya berusaha menjiwai watak diserahkan sebaik mungkin.

“Babak saya banyak dengan Ashraff dalam telefilem ini. Antara babak paling sukar iketika Marina ingin memutuskan hubungannya dengan Amir selepas mereka tiada persefahaman lagi,” katanya.

Manakala Kay Maria, 40, yang membawa watak ibu bernama Rosmah dalam Jangan Lupa berkata, dia menerima tawaran beraksi dalam telefilem Jangan Lupa kerana tertarik dengan jalan ceritanya.

Kay mengaku tiada masalah menjiwai watak ibu kerana statusnya sendiri ibu kepada tiga anak remaja, Afiq Al Hakim, 19, Afiqah Iffah, 18, dan Afiqah Yusra, 15.

“Cerita ini tidak menampilkan banyak pelakon kerana watak utamanya Amir, Rosmah (ibu Amir) dan Marina.

“Sekalipun sudah banyak berlakon saya juga berhadapan cabaran menjiwai watak Rosmah kerana dia banyak menangis dalam cerita ini. Maklumlah, Rosmah menjadi ibu tunggal selepas kehilangan suami kerana terbabit dalam kemalangan jalan raya.

“Dia juga terpaksa membesarkan anaknya Amir sendirian dalam serba kekurangan.

“Sebagai ibu, sudah pasti hatinya terguris bila anak yang dibesarkan dengan penuh kasih sayang itu melupakan begitu saja apabila berjaya dalam hidup?” katanya. Sebelum ini, Kay pernah membawa watak ibu dalam drama bersiri Durrani (Astro Ria), Bukan Yang Pertama (26 episod) dan Orang Gaji Indon (RTM1).

Sementara itu, pengarah telefilem ini, Mai Fernandez berkata, dia puas hati dengan komitmen barisan pelakon telefilem itu sepanjang penggambaran drama berkenaan.

“Mungkin ada yang bertanya kenapa saya tampilkan muka baru dalam telefilem ini? Sebenarnya, saya ingin memberi peluang pada bakat baru di luar sana yang berbakat besar sebagai pelakon tapi tidak diberi peluang.

“Contohnya, Ashraff, dia adalah pelakon berbakat yang boleh diketengahkan dan Melissa pula bakatnya kami sudah nampak selepas buat uji bakat. Begitu Kay Maria yang sudah banyak berlakon sebelum ini,” katanya.

Mai berkata, Jangan Lupa tidak memfokuskan pada sesuatu kaum sebaliknya ia menggambarkan cerita masyarakat di Malaysia secara keseluruhan.

“Saya akui bukan mudah mencari lokasi sesuai untuk menggambarkan suasana kampung seperti dalam cerita ini. “Dalam tempoh lima hari, kami buat penggambaran di lima lokasi berbeza sekitar Kuala Lumpur.

“Bagaimanapun, hasil kerja berpasukan, kami yakin sudah memberikan terbaik dan tidak menghampakan penonton nanti,” katanya.

Tambah Mai lagi, babak paling dramatik dalam cerita ini ialah bila Amir insaf dan meminta maaf pada ibunya atas kesilapan dilakukan.

“Saya masih ingat lagi, semua orang terdiam dan memberi sepenuh tumpuan ketika kami menjayakan babak berkenaan,” katanya.

Jangan lupa mengisahkan Amir, budak kampung yang dibesarkan ibunya, Rosmah berstatus ibu tunggal. Rosmah sanggup berkorban apa saja memastikan anak kesayangannya itu hidup selesa. Bagaimanapun, bila Amir meningkat dewasa, bekerja di bandar dan mula berkawan rapat dengan gadis kota, Marina, dia mula melupakan asal usul termasuk ibusendiri.

Marina bukan saja menjadi sebahagian daripada hidup Amir malah turut mengubah penampilan Amir dan memperkenalkannya dengan cara hidup mewah dan berprestij.

Jangan Lupa menemui penonton pada 18 Mei ini, jam 10.45 malam di saluran ntv7.

Tuesday, May 6, 2008

TELEMOVIE SEMPENA HARI IBU "JANGAN LUPA"



Kepada semua peminat slot Festival di NTV7, jangan lupa saksikan telemovie lakonan hebat Ashraf Muslim dan Kay Maria.
Pada : 11 Mei 2008 (Ahad)
Pukul : 10.45 Malam
Tajuk: Jangan Lupa.
Di Saluran 'Feel Goods' NTV 7.

Tuesday, April 29, 2008

LAKONAN ASHRAF MUSLIM MENDAPAT 'A'

Menurut pengarah teater Patung Kertas, saudara Lokman Ghani, pelakon yang sedang meningkat naik, iaitu Ashraff Muslim mempunyai peluang cukup besar dalam dunia lakonan. Menurutnya "Ashraff merupakan seorang pelakon yang cukup berbakat. Tetapi, jika ingin menjadi pelakon yang benar-benar mampu memberikan kesan. Dia perlu berlakon di pentas teater," tambahnya lagi "Jika melalui drama atau filem, orang hanya melihat apa yang elok, tetapi di pentas teater, segala gerak geri dan penampilan, akan diberikan perhatian oleh penonton."

Bagi Lokman Ghani, sepanjang penglibatan Ashraff di dalam teater ini, dia dapat melihat peningkatan yang cukup ketara. Jika pada awalnya, Ashraff kelihatan kaku memegang watak sebagai Adik Chu, namun, dengan kesabaran dan komitmen yang cukup tinggi, dia menjadi apa yang dipentaskan. Seorang nyah yang cukup sempurna. Inilah dinamakan pelakon yang sanggup membuang keegoan semata-mata untuk berjaya dalam bidang lakonan.

Lokman Ghani memang pengarah teater yang cukup prolifik. Dengan pelbagai portfolio dari arahannya terdahulu, dia sememngnya cukup teliti dan tegas dalam memilih pelakon. Dia ditanya, apakah komen tentang lakonan Ashraff Muslim, Lokman menjawab "Bagi saya, dia mendapat A."

Monday, April 28, 2008

Ashraf Muslim Kurang Berpuas Hati Dengan Mutu Lakonan

Pujian harus diberi kepada Ashraf Muslim kerana sebagai pendatang baru di bidang teater, Ashraf mampu membawa wataknya dengan baik meskipun Ashraf agak kurang berpuas hati dengan mutu lakonannya sejurus selesai pementasan teater Patung Kertas malam tadi bagi tayangan khas untuk para wakil media elektronik dan cetak. Datuk Jalaluddin Hassan meskipun bagai kekok beraksi sebagai lelaki lembut, namun masih punya jiwa dalam mengetengahkan dirinya sebagai Abang Long. Ebi Yus tetap dengan komedinya yang bersahaja. Teater ini sememangnya menarik untuk ditonton apabila menampilkan Haniff Ghani orang kuat Media Hiburan yang lakonannya memang berkesan.

Petikan dari Jomstar

Thursday, April 24, 2008

Ashraf Muslim Lonjak Ke Pentas Teater

Oleh: Hanez Yussof
Foto: Reza

Jika tidak mengenali Ashraf secara dekat, pasti ada yang mendakwa pelakon baru yang mula diperkenalkan menerusi siri drama Impian Ilyana ini sombong. Hakikatnya Ashraf seorang lelaki yang begitu 'soft spoken' dan pendiam. Sifat pendiamnya itu mungkin menyebabkan segelintir orang menaruh sangkaan bahawa anak kelahiran Kuala Lumpur ini meletakkan dirinya dalam 'kelas' nya sendiri. Berketurunan Melayu Bugis tanpa sedikit pun darah Inggeris pada dirinya, ramai juga menyangka raut iras Ashraf lebih 'meminjam' wajah campuran Inggeris.

Mungkin tidak ada siapa yang menyangka, jejaka berketinggian 180cm ini lebih selesa dengan cara kehidupannya yang serba sederhana. Jika di kaca tv kita sering menyaksikan Ashraf membawakan watak anak orang berada yang berlagak dan 'poyo'. Di alam realiti Ashraf Muslim bukan sahaja lelaki yang sederhana malah memilih kambing dan lembu sebagai bidang perniagaannya. Nak tahu lebih lanjut, ikuti temubual dengan pelakon yang semakin menonjol dalam Impak Maksima ini.

1-Apakah perkembangan terbaru Ashraf? Bagaimana boleh terbabit dalam bidang lakonan?
Sekarang saya sedang menjalani pengambaran drama bersiri Renjis keluaran Asia Media Content dan Di Bawah Ketiak Isteri yang diterbitkan untuk Astro. Saya juga baru selesai pengambaran Dari Mata Arissa untuk RTM. Dalam masa yang sama saya menjalani latihan untuk pementasan Teater Patung Kertas yang akan dipentaskan pada 25-30 April di Dewan Auditorium Tungku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (MTC), Jalan Ampang. Teater Patung Kertas ini adalah hasil arahan dan garapan Lokman Ghani.

2-Adakah Ashraf terjun ke bidang lakonan berbekalkan rupa paras anda semata-mata?
Tidak. Pada awalnya pun saya memang tidak terfikir nak berlakon. Sekarang saya mula selesa dengan dunia lakonan. Saya suka menjadikan Rosyam Noor sebagai contoh terbaik kerana selain berlakon dia mempunyai produksi sendiri dan bisnes yang lain. Kerjaya lakonan tidak terhenti setakat itu sahaja. Dulu matlamat saya hanya untuk buat perniagaan sahaja. Menyentuh pasal paras rupa, saya tak pernah gunakan semua itu untuk menjadi batu loncatang mendapatkan watak dalam drama. Saya juga pergi 'casting' seperti orang lain apatah lagi masa untuk drama Impian Ilyana.

3-Apakah kenangan di set pengambaran yang tidak dapat anda lupakan?
Masa pertama kali berdepan dengan kamera dalam drama Impian Ilyana. Pengambaran dibuat di Uitm. Ramai pelajar-pelajar Uitm yang menyaksikan pengambaran tersebut. Itu satu cabaran bagi saya. Memang menggigil dan berpeluh-peluh masa tu. Entah berapa kali 'cut' saya pun dah lupa. Memang saya jadi serba salah kerana saya jenis tak suka menyusahkan orang. Kita tengok muka orang pun kita tahu dia tak senang dengan kita. Nasiblah saya jenis yang tak patah semangat. Itu merupakan pengalaman berharga buat saya.

4-Antara kerjaya sebagai model iklan komersial, teater dan berlakon drama, yang manakah memberi kepuasan sebenar pada diri Ashraf?
Saya rasa antara iklan, teater dan berlakon drama, paling mencabar adalah menjayakan teater. Teater memerlukan penghayatan, berlaku secara 'live' dan spontan takda patah balik. Sekali sahaja. Apa yang membuatkan saya puas bila penonton mendapat impak dari lakonan saya .Teater Patung Kertas adalah pengalaman yang baru dan amat berguna bagi membantu kerjaya saya. Teater ini mengisahkan perjalanan golongan maknyah dan saya memegang watak sebagai Adik Chu seorang lelaki yang sememangnya lembut dari kecil.

5-Apakah petua Ashraf dalam mengekalkan keremajaan wajah sedangkan pada September ini, anda Ashraf akan berusia 27 tahun?
Saya minum air banyak dan sentiasa memastikan tidur yang cukup. Saya juga selalu melakukan senaman dan berolahraga.

6- Bagaimana dengan status Ashraf? Adakah Ashraf bercinta dengan Sherry yang juga seorang pelakon? Adakah Ashraf selesa untuk mengumumkan siapa teman wanita Ashraf kepada umum atau merahsakannya?
Antara saya dengan Sherry apa yang boleh saya katakan dia adalah teman baik saya. Insyaallah sekiranya saya ada teman wanita, jika ada pihak media yang bertanya saya akan memberitahu secara jujur. Bagi saya peminat tetap akan meminati lakonan kita walau apa pun status seseorang pelakon itu. Jika sememangnya seseorang pelakon itu berbakat, status tidak menjadi perkara yang penting lagi.

7-Bagaimana dengan zaman remaja Ashraf? Apakah kenangan yang paling tidak dapat Ashraf lupakan?
Saya lebih suka masuk hutan dan melakukan aktiviti-aktiviti yang mencabar seperti berkhemah. Saya sukakan kehijauan dan segala aktiviti tersebut memerlukan daya ketahanan diri yang tinggi.

8-Cinta lokasi. Pernahkah Ashraf melaluinya?
Tak pernah.

9-Selain daripada berlakon, apakah kecenderungan Ashraf?

Saya suka berniaga. Saya menjalankan perniagaan menternak kambing di Melaka. Sebelum ini saya menternak lembu. Saya sukakan perniagaan yang berbentuk pertanian dan penternakan. Selain memiliki prospek yang besar, perniagaan seperti ini tidak ramai anak muda seperti saya menceburi. Di masa akan datang saya teringin untuk membesarkan lagi perniagaan saya.

Kenali Ashraf Muslim
Nama Penuh: Mohd. Ashraf Muslim
Asal: KL
Tarikh Lahir: 12 September 1981
Tinggi: 180cm
Berat: 67kg
Pendidikan: Diploma Pengurusan Perniagaan
Tempat Lepak: The Curve
Drama: Impian Ilyana, Impak Maksima, Sembilu, Manjalara, Dari Mata Arisa (RTM), Teater Patung Kertas
Iklan : Maybank2 .com, Sunsilk, Seasons dan Brand Essance iInershine
Saiz Kasut: 9
Saiz Baju: L
Pewangi: Gio Armani
Tabiat: Suka cuci tangan
Myspace: op_ashme@hotmail.com
Hobi: Main bola keranjang dan seruling

Lima Wanita Yang Ingin Ditemui:
1-Jessica Alba
2- Helle Berry
3- Fauziah Latiff
4- Eva Lorengea
5- Alexandra (model)

kredit: Jomstar.com

Sunday, April 13, 2008

Gambar Shooting Ashraf Muslim @ Matic, Jalan Ampang

Selesai sahaja Showcase Sean Kingston di Zouk KL, Budiey dan geng singgah sekejap di Malaysia Tourism Centre, untuk mengikuti rehearsal Teater Muzikal Patung Kertas. Sampai sahaja di dewan, sesi latihan dah pun tamat. Patutlah, jarum jam di tangan menunjukkan jam 11.30 malam. Jadi, kami pun lepak-lepak dengan krew produksi. Sembang kosong pasal perkembangan teater muzikal lakonan Dato' Jalaluddin Hassan, Eby Yus dan Ashraf Muslim ini. Katanya, persiapan berjalan lancar dan setakat ini dalam proses 90% sudah pun siap. Sensasi Selebriti turut dijemput untuk mengikuti full dress rehearsal yang akan berlangsung esok. Alamak, bertindih la pula dengan Konsert Celine Dion yang akan berlangsung di Stadium Merdeka. Macamana ni?

Dalam pada borak-borak tu, muncul pelakon kacak Ashraf Muslim. Pelakon Drama Impak Maksima The Series ini dalam proses latihan untuk melembutkan dirinya untuk memegang watak Mak Nyah dalam teater ini. Menjadi atau tidak korang boleh tonton teater muzikal hebat ini bermula 24 April ini di Matic, Jalan Ampang.



Gambar Ashraf Muslim di sisi kereta kesayangannya.

Kepada pembaca Sensasi Selebriti, Budiey dengan kerjasama Karya Prima akan memberikan 5 keping tiket percuma dalam peraduan yang akan disiarkan pada hari Isnin ini. Tunggu ya dan jangan lupa menyertainya!

Alang-alang dah si model Ashraf ni ada depan mata, Budiey terus ajak dia buat shooting di sekitar letak kereta Matic. Sepanjang mengenali Ashraf Muslim, Budiey tengok dia ni begitu mementingkan imej, berdisiplin, mementingkan masa, tidak suka dengan gossip murahan dan suka mengusik orang.


Budiey perasan nama Ashraf Muslim bertambah meletop sekarang ini. Bulan Mei ini, dia muncul jadi cover boy untuk majalah Cosmopolitan. Tidak pernah lagi Cosmopolitan ambil lelaki sebagai untuk menghiasi kulit majalah dan Ashraf adalah orang yang bertuah memecah tradisi majalah urban itu. Tahniah, dude!

Untuk peminat Ashraf Muslim, sila layari blog beliau:

http://ashrafmuslim.blogspot.com


Bergaya



Mahu ke puncak setinggi KLCC?



Ada stail



Futuristik



Pandangan tajam



Positif thinking. Yakin boleh!



Model paling kacak? Kacak ker?


[tags]ashraf muslim, metroseksual, gambar selebriti, matic, ads, advertisement, sherry, wikipedia, Blog, buat iklan, free, geo cpm, how to, Idea, make money, malaysia advertiser, marketing team, nuffnang, publisher, skill, skyler, technique, tips, pelakon sensasi, hot, dramatic, tips photography[/tags]

Monday, April 7, 2008

Gambar Ashraf Muslim Di Anugerah Bintang Popular 2007


Gambar bersama Sherry. Dari blog mycelebritynews.


Ashraf Berlakon Dari Mata Arisa

Pelakon kacak yang semakin meningkat naik, Ashraf Muslim kini membintangi sebuah drama terbitan Bright Network, iaitu 'Dari Mata Arisa' yang akan ditayangkan di RTM 1. Ashraf akan membawa watak Eddy Sham.

Drama bersiri “Dari Mata Arisa” mengisahkan seorang gadis bernama Arisa yang pada zahirnya seorang yang periang, tetapi di sebalik gelak tawa, senda guraunya tersimpan satu kisah yang agak pahit untuk ditelan. Adik kembarnya, Ayana, telah pergi bersama cinta yang tidak kesampaian dan keluarganya telah dibenci oleh ibu saudaranya sendiri. Kehadiran Eddy Sham dan Akif Zamani telah mengocak jiwa remaja Arisa.

Kedua-duanya mempunyai personaliti yang menarik dan berkarisma. Mereka mempunyai impian yang sama iaitu ingin memberi dan menerima cinta. Di sebalik kekeliruan Arisa untuk memilih cinta Akif dan Eddy, Not dan Lily menjadi teman yang sentiasa bersamanya.

Arisa akhirnya telah menerima cinta Akif. Sayang sekali, di saat cinta sampai ke puncak, sesuatu yang tidak diingi telah terjadi. Redhakah Akif menerimanya? Berjayakah Arisa mempertahankan cinta sedangkan nasib cintanya di tangan orang lain?

“Dari Mata Arisa” ini merupakan sebuah drama adaptasi dari novel “Kau Sayangku” nukilan Cik Bikash Nur Idris yang diterbitkan oleh Alaf 21 Sdn Bhd, yang ditulis semula oleh Puan Sujiah Salleh ke dalam bentuk drama bersiri.

Tuesday, February 19, 2008

Eksperimen Ahmad Idham

IMPAK Maksima The Series? Apa lagi mengenai Impak Maksima?. Sudah tentu, itulah yang menjadi tanya tanya adakah ia menandakan drama bersiri itu diterbitkan pula selepas naskhah yang sama diterbitkan di layar perak?

Telahan sebilangan besar daripada anda tidak silap.

Impak Maksima The Series bakal menemui khalayak di TV3 menerusi slot Aksi setiap Isnin pukul 9 malam.

Kepada peminat sukan permotoran penuh aksi ini jika terlepas menyaksikan filemnya, inilah masanya untuk menghayati setiap aksi drift yang ditonjolkan dalam drama bersiri yang dibintangi oleh Awal Ashaari, Fasha Sandha, Nina Juren, Eizlan Yusof dan ramai lagi.

Menurut pengarah Impak Maksima The Series, Ahmad Idham Ahmad Nadzri, menerusi drama bersiri ini, lebih banyak lagi aksi drift yang ditonjolkannya berbanding dalam filem.

“Dulu saya sendiri kurang arif mengenai kereta dan ketika menghasilkan filem, masa yang diperuntukkan sangat pendek.

“Tapi apabila karyanya diperluaskan kepada drama bersiri, lebih banyak masa yang ada jadi banyak lagi skill drift yang lebih canggih dapat saya pelbagaikan dan tonjolkan,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran drama tersebut di Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Menurutnya, penghasilan drama 26 episod ini diharapkan mampu mengubah persepsi masyarakat terhadap sukan permotoran ini.

“Dalam drama ini kita terapkan elemen-elemen positif mengenai sukan ini. Ia adalah kerana ramai orang sangkakan berlumba kereta ini tidak mendatangkan faedah dan membuang masa.

“Justeru, saya ingin perbaiki persepsi itu dan menjelaskan banyak perkara yang orang tidak tahu di sebaliknya,” kata pengarah berusia 36 tahun ini lagi.

Lebih banyak plot

Menceritakan perbezaan antara filem dan drama bersiri ini menurut pengarah filem Jangan Pandang Belakang ini, dalam setiap episod lebih banyak konflik yang akan dicetuskannya.

“Jalan cerita hubungan adik-beradik dikekalkan. Segala cerita tentang permotoran dan segala aksi masih ada. Cuma kita tambah lagi lebih banyak plot-plot cerita agar dapat memantapkan lagi penceritaannya serta mewarnai drama bersiri tersebut.

“Penonton akan dapat melihat nanti lebih banyak sengketa yang berlaku, selain cerita cinta yang menghidupkan lagi drama bersiri ini,” jelasnya.

Kata pengarah berjiwa besar ini lagi, berikutan sambutan terhadap filem berkenaan kurang memberangsangkan, lantas beberapa perkara telah diambil kira sebelum penghasilan drama bersiri ini dilakukan.

“Dulu masa buat filem, banyak elemen persekitaran tentang kehidupan warga kota yang ditonjolkan.

“Oleh sebab itu apabila kita kaji balik sambutan di bandar melebihi sambutan di luar bandar. Jadi untuk drama bersiri ini kita mahu menarik penonton dari kedua-dua lokasi dan kerana itu saya terapkan elemen-elemen persekitaran luar bandar dalam drama ini supaya ia tidak kelihatan terlalu urban,” katanya yang berharap drama Impak Maksima The Series ditonton oleh golongan masyarakat bandar dan luar bandar kelak.

Mengenai barisan pelakon yang membintangi drama bersiri tersebut pula, pengarah itu berkata, dia lebih selesa untuk mengekalkan pelakon sedia.

“Namun begitu, sebagai tambahan saya juga tampilkan beberapa pelakon lain untuk menghidupkan lagi drama bersiri ini,” jelasnya.