Sunday, January 27, 2008

Ashraf Muslim: Biarlah watak kecil tetapi berkesan

Biarlah watak kecil tetapi berkesan
Oleh Serimah Mohd Sallehuddin

WAJAH kacaknya pasti menjadi idaman si gadis sejak dia muncul di dalam drama interaktif Impian Illyana. Sejak itu, Mohd Ashraf Muslim , 27 atau Ashraf mula menjadi perhatian ramai termasuklah produser drama sedangkan satu ketika dulu, langsung tidak pernah terlintas di fikiran anak sulung daripada tujuh beradik ini untuk bergelumang dalam dunia glamor.

Segala-galanya berlaku atas dasar kebetulan. Desakan rakan agar dia menyertai pertandingan Cleo 50 Most Eligible Bachelor 2006 rupa-rupanya membawa tuah kepada anak muda yang dilahirkan di Kuala Lumpur tetapi dibesarkan di Melaka ini.

Bagaimanapun sebagai seorang pelakon, Ashraf tidak mahu dirinya dilihat hanya bersandar kepada rupa paras semata-mata. Bakat juga harus datang seiring, rupa paras ujar jejaka yang turut bergelar usahawan hanyalah sekadar satu bonus.


Menjadikan pelakon handalan Datuk Rahim Razali sebagai idolanya, kata Ashraf dia amat mengagumi kehebatan pelakon veteran itu yang tidak pernah mengecewakan. Paling dikaguminya ketika pelakon berpengalaman itu membawakan watak nyanyuk menerusi filem Cinta.

“Saya kagum melihat penghayatan yang dibawakan Datuk Rahim. Ekspresi wajah yang ditonjolkan cukup menjadi dan mengagumkan. Walaupun ada kalanya dia hanya membawakan watak mudah tetapi penghayatannya cukup berkesan,” katanya yang lebih suka membawakan watak sebagai pelakon pembantu.

Memang kedengaran agak pelik kerana ramai pelakon yang mengidamkan watak utama yang sering menjadi perhatian ramai. Tetapi sebaliknya pula bagi jejaka ini apabila dia lebih gemarkan watak tambahan.

Menurut Ashraf, watak sebagai pelakon tambahan memberi peluang kepadanya mencuba pelbagai jenis watak sama ada watak baik mahupun jahat. Tetapi peluang itu jarang diberikan kepada watak utama yang sering kali menampilkan watak baik.

“Watak utama selalunya menampilkan karakter baik-baik. Sebagai pelakon, saya ingin mencuba semua jenis watak supaya orang tidak bosan dengan lakonan saya yang sama.

“Saya teringin mencuba watak terencat akal dan buta kerana kedua-dua watak itu tidak mudah untuk dibawakan. Saya tidak bimbangkan soal populariti, yang penting bagi saya penonton terkesan dengan watak yang saya bawakan,” katanya.

Memiliki wajah kacak mungkin satu bonus buat Ashraf yang pernah membintangi drama bersiri Manjalara. Namun, jejaka ini pernah tersenarai di dalam pencalonan peringkat awal Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2007) bagi kategori Artis Baru Lelaki Terbaik.

Bagaimanapun rezeki tidak menyebelahi jejaka kacak ini kerana tidak terpilih sebagai artis Top 5.

“Jika menyingkap kembali ABPBH yang lalu, kategori ini memang selalunya dikuasai oleh peserta program realiti yang terdiri daripada penyanyi berbanding pelakon. Jadi, saya memang tidak meletakkan langsung harapan. Lagipun saya masih baru lagi dalam bidang ini,” katanya yang kini mengusahakan ternakan kambing di kampung halamannya di Telok Mas, Melaka.

Tawaran demi tawaran yang diterima tidak saja kepada bidang lakonan tetapi untuk iklan menyebabkan Ashraf terpaksa mengenepikan seketika ternakannya itu dan menyerahkan kepada bapanya untuk menguruskan kambingnya.

Bagaimanapun, sesekali apabila tidak mempunyai sebarang aktiviti seni, Ashraf akan pulang ke kampung menjenguk ternakannya.

Kata Ashraf, biarpun sudah bergelar selebriti dia tidak malu untuk menguruskan ternakan yang sememangnya menjadi minatnya.

Saturday, January 5, 2008

ASHRAF MUSLIM DI ANUGERAH SKRIN 2007

DSC_0457

ASHRAF MUSLIM DI ANUGERAH SKRIN 2007

DSC_0673
Ashraf Muslim bersama seorang peminat setia.

SELAMAT DATANG KE BLOG ASHRAF MUSLIM

Blog ini akan mengupdate segala berita, cerita-cerita dan gambar-gambar Ashraf Muslim, seorang model dan juga pelakon baru yang kacak serta diminati ramai.

Selamat datang ke blog Ashraf Muslim.

Friday, January 4, 2008

GAMBAR ASHRAF MUSLIM DI MALAM PENGHARGAAN METROWEALTH

DSC_0149

DSC_0147

DSC_0151

DSC_0309
Gambar Ashraf bersama Budiey di Majlis Penghargaan Metrowealth.

Thursday, January 3, 2008

Blurb Ashraf Muslim

Ashraf Muslim seorang yang ringkas dan mudah bergaul. Suka bersama keluarga dan rakan-rakan. Suka menonton filem dan mendengar muzik bergenre R&B dan Pop Rock. Suka bermain bola keranjang dan juga menyukai coklat. Siri televisyen kegemarannya ialah Numbers, CSI, LOST, Naruto, Prison Break dan Heroes.

Ashraf Muslim Dalam Impian Illyana

Ashraf Muslim sebagai Izham

Ashraf Muslim plays Izham, the intelligent, charismatic senior at UITM whom all the girls want but, well you’ll have to watch to find out more. Ashraf is quite the athlete offscreen – a regular on the basketball court. He braved an injury to his eye to shoot his first episode with us…

Ashraf is a regular guy who enjoys hanging out at the mamak, drinking his sirap, eating his mee rebus jawa, reading his newspaper and his cleo magazine!

His idol is Donald Trump!