Tuesday, February 19, 2008

Eksperimen Ahmad Idham

IMPAK Maksima The Series? Apa lagi mengenai Impak Maksima?. Sudah tentu, itulah yang menjadi tanya tanya adakah ia menandakan drama bersiri itu diterbitkan pula selepas naskhah yang sama diterbitkan di layar perak?

Telahan sebilangan besar daripada anda tidak silap.

Impak Maksima The Series bakal menemui khalayak di TV3 menerusi slot Aksi setiap Isnin pukul 9 malam.

Kepada peminat sukan permotoran penuh aksi ini jika terlepas menyaksikan filemnya, inilah masanya untuk menghayati setiap aksi drift yang ditonjolkan dalam drama bersiri yang dibintangi oleh Awal Ashaari, Fasha Sandha, Nina Juren, Eizlan Yusof dan ramai lagi.

Menurut pengarah Impak Maksima The Series, Ahmad Idham Ahmad Nadzri, menerusi drama bersiri ini, lebih banyak lagi aksi drift yang ditonjolkannya berbanding dalam filem.

“Dulu saya sendiri kurang arif mengenai kereta dan ketika menghasilkan filem, masa yang diperuntukkan sangat pendek.

“Tapi apabila karyanya diperluaskan kepada drama bersiri, lebih banyak masa yang ada jadi banyak lagi skill drift yang lebih canggih dapat saya pelbagaikan dan tonjolkan,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran drama tersebut di Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Menurutnya, penghasilan drama 26 episod ini diharapkan mampu mengubah persepsi masyarakat terhadap sukan permotoran ini.

“Dalam drama ini kita terapkan elemen-elemen positif mengenai sukan ini. Ia adalah kerana ramai orang sangkakan berlumba kereta ini tidak mendatangkan faedah dan membuang masa.

“Justeru, saya ingin perbaiki persepsi itu dan menjelaskan banyak perkara yang orang tidak tahu di sebaliknya,” kata pengarah berusia 36 tahun ini lagi.

Lebih banyak plot

Menceritakan perbezaan antara filem dan drama bersiri ini menurut pengarah filem Jangan Pandang Belakang ini, dalam setiap episod lebih banyak konflik yang akan dicetuskannya.

“Jalan cerita hubungan adik-beradik dikekalkan. Segala cerita tentang permotoran dan segala aksi masih ada. Cuma kita tambah lagi lebih banyak plot-plot cerita agar dapat memantapkan lagi penceritaannya serta mewarnai drama bersiri tersebut.

“Penonton akan dapat melihat nanti lebih banyak sengketa yang berlaku, selain cerita cinta yang menghidupkan lagi drama bersiri ini,” jelasnya.

Kata pengarah berjiwa besar ini lagi, berikutan sambutan terhadap filem berkenaan kurang memberangsangkan, lantas beberapa perkara telah diambil kira sebelum penghasilan drama bersiri ini dilakukan.

“Dulu masa buat filem, banyak elemen persekitaran tentang kehidupan warga kota yang ditonjolkan.

“Oleh sebab itu apabila kita kaji balik sambutan di bandar melebihi sambutan di luar bandar. Jadi untuk drama bersiri ini kita mahu menarik penonton dari kedua-dua lokasi dan kerana itu saya terapkan elemen-elemen persekitaran luar bandar dalam drama ini supaya ia tidak kelihatan terlalu urban,” katanya yang berharap drama Impak Maksima The Series ditonton oleh golongan masyarakat bandar dan luar bandar kelak.

Mengenai barisan pelakon yang membintangi drama bersiri tersebut pula, pengarah itu berkata, dia lebih selesa untuk mengekalkan pelakon sedia.

“Namun begitu, sebagai tambahan saya juga tampilkan beberapa pelakon lain untuk menghidupkan lagi drama bersiri ini,” jelasnya.

Sunday, February 17, 2008

GAMBAR ASHRAF MUSLIM DI PELANCARAN DRAMA IMPAK MAKSIMA

Gambar-gambar Ashraf Muslim ketika Pelancaran Drama Impak Maksima The Series. Ashraf telah menghadiri pelancaran tersebut yang diadakan di One Utama pada hari Khamis, 14 Februaru 2008... iaitu Hari Kekasih... huhu!

Saksikan Drama Impak Maksima The Series di TV3 mulai 18 Februari 2008...

Impak Maksima

Impak Maksima

Ashraf Muslim

Ashraf Muslim

Ashraf Muslim

Ashraf Muslim

Ashraf Muslim

Ashraf Muslim

PROFILE ASHRAF MUSLIM

BIODATA ASHRAF MUSLIM

NAMA:
ASHRAF MUSLIM

TARIKH LAHIR:
19 SEPTEMBER 1981

ASAL:
TELUK MAS, MELAKA

TINGGI:
180CM

BERAT:
67KG

KELUARGA:
ANAK PERTAMA DARI TUJUH BERADIK.

PENDIDIKAN:
DIPLOMA PENTADIBIRAN PERNIAGAAN
(KUALA LUMPUR INFRASTUCTURE UNIVERSITY COLLEGE)

KERJAYA:
BERNIAGA DAN BERLAKON

DRAMA:
IMPIAN ILLYANA, MANJALARA, IMPAK MAKSIMA, LAGU CINTA KITA, ANUMERTA, UP: HATI, RUMAH DEPAN SEBELAH KEDAI.

Thursday, February 14, 2008

Impak Maksima The Series lebih suspens dan menarik

RASA berbaloi juga apabila filem Impak Maksima yang berjaya mengutip lebih RM2.1 juta melanjutkan pembikinan episod kisah pergolakan remaja melibatkan sukan permotoran ini ke drama bersiri pula.

Jika tidak masakan pihak stesen televisyen terkemuka negara TV3 meminta sutradara dan penerbit filem tersebut, Ahmad Idham Ahmad Nadzri untuk membuat drama bagi mengisi slot Aksi yang bakal menemui penonton bermula Isnin ini, 18 Februari jam 9 malam.

Jangan lupa saksikan Impak Maksima The Series!

Ternyata drama bersiri 26 episod yang merangkumi aspek aksi, emosi, persengketaan, dendam ini bakal menyajikan suatu kelainan yang tidak dilihat dalam filem Impak Maksima yang ditayangkan di pawagam tahun lepas.

Jika sebelum ini barisan pelakon filem tersebut diungguli oleh Awal Ashaari dan Eizlan Yusof selaku watak utama termasuk Zul Huzaimy, Cat Farish, Opie, Dynaz, Yatt, M.Rajoli, Riezman Khuzaimi, Sari Yanti, dan Azizah Mahzan.

Berlainan pula dengan drama kali ini yang hanya mengekalkan beberapa orang pelakon lama dan selebihnya lebih mengenengahkan pelakon baru seperti Fasha Sandha, Fauziah Gous, Fizz Fairuz, Jue Aziz, Aida Aris, Nabila Huda, Shaheizy Sam, Ashraff Muslim, Idham dan Datin Nina Juren.

Antara mereka yang meneruskan perjuangan siri Impak Maksima adalah Awal, Eizlan, Riezman dan Zul Huzaimy.

"Kami masih mengekalkan konsep permotoran cuma siri ini lebih kepada penceritaan dengan menambah plot percintaan, persengketaan antara abang dan adik, kekeluargaan dan sebagainya.

"Kita juga mengembangkan graf penceritaan dengan memasukkan aksi suspens dan  thriller agar jalan cerita penuh dengan adegan yang mendebarkan dan menyentuh perasaan.

"Cerita ini juga memaparkan dua sudut positif dan negatif. Ia perlu seimbang di mana tidak terlalu positif dan tidak terlalu negatif.

"Kita memasukkan sedikit aspek negatif tetapi cuba selesaikan persoalan yang ditimbulkan itu agar persepsi orang ramai terhadap sukan permotoran tidak disamakan dengan aktiviti lumba haram.

"Kita ingin menonjolkan yang sukan permotoran ini ada baiknya dan penonton juga digalakkan untuk menyertai sukan ini dengan cara yang sihat," beritahu Idham ketika pelancaran siri tersebut di One Utama, Bandar Utama, Petaling Jaya semalam.
Impak Maksima The Series mengangkat dunia sukan permotoran

Menurut Idham, setiap babak dalam siri itu mempunyai aksi apungan (drift) termasuk satu aksi mengelilingi kereta bagi menumpukan drift sebagai sukan yang menarik.

"Cerita ini memang menunjukkan kehidupan sukan permotoran dan cuba lari daripada sukan yang hanya dipelopori oleh orang kaya sahaja.

"Tidak dinafikan sukan ini memang diangkat oleh golongan kelas atasan dan mampu untuk membeli kereta sport yang mahal namun orang golongan sederhana juga boleh dicapai oleh mereka yang betul-betul berminat.

"Ianya boleh dikatakan sebagai suatu drama berwajah baru yang disiarkan dari skrin televisyen," ujar Idham mengenai siri yang boleh ditonton oleh jutaan penonton di TV3.

Jika slot Aksi sebelum ini berjaya meraih lebih 2.5 juta penonton setiap minggu, TV3 percaya siri ini juga mampu memberi impak positif dan meraih lebih ramai penonton seperti kata Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenamanya, Farisha Pawanteh.

"Kami sedia maklum, remaja masa kini menghadapi hidup yang sangat mencabar apabila terpaksa berhadapan dengan pelbagai pengaruh negatif di sekeliling mereka.

"Masalah-masalah seperti lumba haram, pergaulan bebas, rempit dan samseng adalah isu yang biasa kita dengar dikaitkan dengan remaja.

"Apa yang ingin kita paparkan melalui siri ini adalah betapa gejala-gejala seperti ini haruslah dijauhi kerana ianya bakal memberi kesan negatif bukan sahaja terhadap remaja yang terbabit malah orang yang tersayang.

"Remaja masa kini sebenarnya mempunyai banyak pilihan dalam merngamalkan gaya hidup sihat dan seharusnya mereka lebih memikirkan masa depan berbanding dengan keseronokan semata-mata," tambahnya lagi.

Impak Maksima The Series mengisahkan konflik dan pergolakan yang terpaksa dilalui oleh dua beradik yatim piatu, Johari (Eizlan) dan Ayie (Awal).

Sebagai bekas pelumba kereta, Johari berpegang teguh kepada amanah arwah ibu bapanya untuk membesarkan Ayie yang sedang menuntut di kolej.

Ayie yang masih berdarah muda bagamanapun menyimpan minat yang mendalam dalam dunia permotoran sehingga menyebabkan hubungan dua beradik ini seringkali bermasalah.

Fara (Aida Aris) dan Shikin (Nabila Huda) merupakan dua adik-beradik yatim piatu yang membuka warung berhampiran dengan bengkel mereka.

Hubungan Johari dan Fara baik sekali sehingga kadangkala mereka berasa sukar untuk mendefinisikan perhubungan yang sebenar.

Shkin pula bercinta dengan Amran (Shaheizy Sam), pekerja di bengkel Johari yang juga merupakan kawa baik Ayie.

Bersama-sama denga Loyai (Fizz Fairuz), mereka bertiga selalu menimbulkan huru-hara

Eva dan Anita dua adik-beradik
dan mengharungi suka duka kehidupan bersama.

Ayie mula menunjukkan perubahan yang ketara selepas berkenalan dengan Eva (Fasha Sandha), seorang gadis baru di kolej yang baru pulang dari Australia.

Namun begitu kehadiran Zack (Ashraff), musuh Ayie di kolej dan Mimi (Jue), bekas kekasih Ayie menimbulkan banyak masalah sehingga akhirnya hubungan Ayie dan Eva terjejas.

Bosan dengan kehidupannya yang seringkali dilanda masalah, Ayie akhirnya membawa diri ke kampung selepas berkenalan dengan Hanim (Fouziah).

Johari turut menghadapi masalah seperti Ayie yang dilema untuk memilih dua gadis yang dicintai selepas berkenalan dengan Anita (Datin Nina Juren) yang merupakan kakak Eva.

Kehadiran Rizwan (Idham), menyebabkan Johari terpaksa melepaskan salah seorang wanita yang dicintainya.

Tidak cukup dengan masalah emosi, hidup Ayie dan Johari tergugat juga dengan kemnculan Zul, bekas pemandu yang baru keluar dari penjara.

Terulit semula sejarah hitam antara keluarga mereka sehingga menyebabkan lelai itu sanggup menggadaikan segalanya untuk menghancurkan keluarga Johari demi menuntut bela.

Apakah terjadi kepada dua beradik ini? Dapatkah mereka menghadapi segala cabaran yang berada di hadapan mereka?

Jadi, kepada penonton yang mengemarkan aksi-aksi lasak yang mendebarkan, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan siri Impak Maksima The Series menerusi slot Aksi, setiap Isnin jam 9 malam mulai 18 Februari ini hanya di TV3 dan dipersembahkan oleh Xpax, prabayar Celcom.

Bermula hari itu juga, para penonton yang melanggan Celcom juga boleh menikmati nada dering, lagu dan grafik eksklusif Impak Maksima yang antaranya menampilkan lagu temanya Mara Bahaya nyanyian kumpulan Pop Shuvit melalui Channel X di laman web www.channelx.com.my dan wap.channelx.com.my atau dial *118# pada telefon bimbit anda.

Gambar Ashraf Muslim The Most Eligible Bachelor of the Year 2006

Ashraf Muslim

Monday, February 11, 2008