Tiga kriteria tersebut ialah dia perlu mendukung adat resam, budaya dan agama.
"Kalau salah satu daripada tiga kriteria tersebut tidak wujud, maka dia tidak layak digelar seorang ikon Gadis Melayu," katanya kepada mStar Online semasa pengumuman sembilan finalis Gadis Melayu di restoran Bora Asmara, Jumaat.

Ashraf Muslim
Ditanya siapa di kalangan peserta yang memiliki ketiga-tiga kriteria tersebut, pelakon utama Polis Gerakan Marin (PGM) itu tidak dapat mengenalpastikan calon paling sesuai.
Katanya, ini kerana masih terlalu awal untuk membuat penilaian dan dia baru berpeluang menemui mereka pada hari tersebut.
Dalam pada itu, Ashraf turut tidak menolak kemungkinan jika bakal jatuh hati dengan salah seorang peserta tersebut.
"Saya tak pernah fikir perkara sedemikian. Namun jika sudah ditakdirkan saya akan jatuh hati atau bertemu jodoh di sini saya tak akan menolak.
Bagaimanapun, tanggungjawabnya adalah menghoskan acara Gadis Melayu dengan sebaik-baiknya.
"Kalau orang lain nak cakap apa-apa, terpulang kepada mereka," ujarnya yang baru selesai menjalani penggambaran PGM.

9 comments:
gadis melayu mmg menjadi pilihan lelaki...
lucky to in Gadis Melayu
bangga bila ada anak melaka yang berjaya.jaga diri dan carilah jodoh yang baik agar bahagia dunia akhirat...Insyaallah.
bangga bila ada anak melaka yang berjaya.saya asal rumbia alor gajah.asyraf ada saudara mara kat sana? cari jodoh yang baik agar bahagia dunia akhirat.Insyaallah...
bagus2....
smoga bertemu dengan gadis melayu pilihn hati...
gud luck...
ASSALAMMUALAIKUM
salam. saya peminat ashraf muslim dan saya teringin sangat nk jumpa asraf.
semoga ALLAH temukan jodoh untuk awak,sesungguhnya ajal ,maut,jodoh semua ketentuan ALLAH, SAYA harap awak berjaya dalam dunia industri,saya akan berdoa untu kejayaan awak ,insyaallah....
sejuk mata tengok ashraf...alahmdulillah pilihan yang baik..selamat bertunang dan semoga jodoh berkekalan..
Post a Comment