Sunday, August 14, 2011

Kad Kahwin Ashraf Muslim Berkonsep Al-Quran

Sebelum ini, pelakon Zed Zaidi telah membuat kelainan dengan kad kahwin yang berkonsepkan facebook dan begitu juga dengan pasangan Norman Hakim dan Memey yang mana kad kahwin mereka kelihatan begitu ekslusif sekali.

Untuk kali ini, kami di blog Ashraf Muslim ingin nak kongsi pula gambar kad kahwin Ashraf Muslim dan Noor Dayana ini. Kad kahwin yang bercirikan kaligrafi jawi dan sememangnya amat unik.


Gambar Kad Kahwin Ashraf Muslim


Ashraf Muslim telah bertunang dengan Noor Dayana Lokman pada 23 April lalu dan InsyaAllah dijangkakan perkahwinan mereka akan dilangsungkan pada 24 September bersamaan 26 Syawal.

Sama-samalah kita doakan semoga majlis kahwin Ashraf Muslim berlangsung dengan meriah dan penuh keberkatan. Amin.

Saturday, April 23, 2011

ASHRAF MUSLIM SELAMAT BERTUNANG

Ini dia gambar Majlis Pertunangan Pelakon Ashraf Muslim yang telah berlangsung pada jam 9.25 pagi tadi. Cantik dan ayunya tunang Ashraf Muslim. Sedap mata memandang. Ada yang kata, sedikit berisi tapi memang comel. Sesuai dan nampak cocok dengan Ashraf Muslim. Sweet couple.

Mereka mula berkenalan lebih setahun yang lalu. Tengok pada majlis ni macam rasa majlis kahwin la pulak sebab sangat grand. Ni belum kahwin lagi ni. Kalau kawin, mesti lagi happening dan meriah, kan?

Budiey dan pembaca budiey.com mahu mengucapkan selamat bertunang Ashraf Muslim. Semoga rasa cinta dan bahagia kekal ke jinjang pelamin.

Ashraf Muslim

Majlis pertunangan Ashraf Muslim telah disiarkan rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV9 pukul 9.45 pagi tadi.

Gambar ini seharusnya dikreditkan dari pereka baju tunang untuk pasangan ini iaitu Ezuwan Ismail. Bertemakan putih dan ungu. Lawa betul Ezuwan Ismail buat baju.

Untuk video pula Ashraf Muslim menggunakan khidmat videografi dari CST Productions.

Ashraf Muslim Bertunang

Pelakon Ashraf Muslim, 30 tahun telah selamat bertunang dengan Noor Dayana Hj Lokman di rumah Dayana di Gombak. Majlis pertunangan berlangsung pada jam 9.25 pagi tadi. Hantaran pertunangan 5 dulang berbalas 7 dulang dari pihak perempuan. Mereka merancang untuk berkahwin pada tahun ini juga iaitu pada 1 Syawal di Mekah.

Dayana sedang menjalani latihan praktikal sebagai doktor perubatan di sebuah hospital di Melaka. Pada hari ini juga, Ashraf turut mengadakan majlis perasmian kliniknya iaitu Pusat Perubatan Islam Al-Hidayah di Gombak pada pukul 12 tengah hari. linik tersebut akan dirasmikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Menurut pelakon filem Aku Masih Dara ini, klinik itu telah beroperasi sejak 11 tahun lalu dan perasmian ini sempena dengan penukaran nama barunya setelah dia menyertai rakan kongsinya, Lokman Abdul Hamid.

“Kami kenal setelah selalu berjumpa di klinik itu dan dia merupakan seorang yang suka merendah diri, bertudung, solehah, sedap mata memandang dan selesa dengannya. Yang penting, saya tertarik dengan hati budinya yang suka merendah diri dan baik hati serta selalu menasihati saya. Kalau boleh saya tidak mahu bertunang terlalu lama dan jika diizinkan Allah, kami mahu segera nikah pada tahun ini. Sejak sibuk dengan klinik, saya sudah kurang berlakon dan selepas ini akan lebih berhati-hati memilih cerita dan watak demi mengelak timbulnya fitnah. Saya akan mengelak dari adegan berpegang-pegangan tangan atau bersentuhan dengan wanita termasuk semasa sesi fotografi. Jadi, saya tidak akan bergambar berdua-duaan dengan wanita dan berharap semua pihak menghormati keputusan saya.” - Ashraf Muslim

Ashraf Muslim

Happy je muka Ashraf. Sedang bahagia la kan.