Saturday, April 23, 2011

ASHRAF MUSLIM SELAMAT BERTUNANG

Ini dia gambar Majlis Pertunangan Pelakon Ashraf Muslim yang telah berlangsung pada jam 9.25 pagi tadi. Cantik dan ayunya tunang Ashraf Muslim. Sedap mata memandang. Ada yang kata, sedikit berisi tapi memang comel. Sesuai dan nampak cocok dengan Ashraf Muslim. Sweet couple.

Mereka mula berkenalan lebih setahun yang lalu. Tengok pada majlis ni macam rasa majlis kahwin la pulak sebab sangat grand. Ni belum kahwin lagi ni. Kalau kawin, mesti lagi happening dan meriah, kan?

Budiey dan pembaca budiey.com mahu mengucapkan selamat bertunang Ashraf Muslim. Semoga rasa cinta dan bahagia kekal ke jinjang pelamin.

Ashraf Muslim

Majlis pertunangan Ashraf Muslim telah disiarkan rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV9 pukul 9.45 pagi tadi.

Gambar ini seharusnya dikreditkan dari pereka baju tunang untuk pasangan ini iaitu Ezuwan Ismail. Bertemakan putih dan ungu. Lawa betul Ezuwan Ismail buat baju.

Untuk video pula Ashraf Muslim menggunakan khidmat videografi dari CST Productions.

Ashraf Muslim Bertunang

Pelakon Ashraf Muslim, 30 tahun telah selamat bertunang dengan Noor Dayana Hj Lokman di rumah Dayana di Gombak. Majlis pertunangan berlangsung pada jam 9.25 pagi tadi. Hantaran pertunangan 5 dulang berbalas 7 dulang dari pihak perempuan. Mereka merancang untuk berkahwin pada tahun ini juga iaitu pada 1 Syawal di Mekah.

Dayana sedang menjalani latihan praktikal sebagai doktor perubatan di sebuah hospital di Melaka. Pada hari ini juga, Ashraf turut mengadakan majlis perasmian kliniknya iaitu Pusat Perubatan Islam Al-Hidayah di Gombak pada pukul 12 tengah hari. linik tersebut akan dirasmikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Menurut pelakon filem Aku Masih Dara ini, klinik itu telah beroperasi sejak 11 tahun lalu dan perasmian ini sempena dengan penukaran nama barunya setelah dia menyertai rakan kongsinya, Lokman Abdul Hamid.

“Kami kenal setelah selalu berjumpa di klinik itu dan dia merupakan seorang yang suka merendah diri, bertudung, solehah, sedap mata memandang dan selesa dengannya. Yang penting, saya tertarik dengan hati budinya yang suka merendah diri dan baik hati serta selalu menasihati saya. Kalau boleh saya tidak mahu bertunang terlalu lama dan jika diizinkan Allah, kami mahu segera nikah pada tahun ini. Sejak sibuk dengan klinik, saya sudah kurang berlakon dan selepas ini akan lebih berhati-hati memilih cerita dan watak demi mengelak timbulnya fitnah. Saya akan mengelak dari adegan berpegang-pegangan tangan atau bersentuhan dengan wanita termasuk semasa sesi fotografi. Jadi, saya tidak akan bergambar berdua-duaan dengan wanita dan berharap semua pihak menghormati keputusan saya.” - Ashraf Muslim

Ashraf Muslim

Happy je muka Ashraf. Sedang bahagia la kan.

18 comments:

allloy said...
This comment has been removed by the author.
Miss Green Rose said...

semoga Ashraf Muslim dan Dayana akan b'bahagia hingga ke akhir hayat ! amin.. :D

::something is in the making:: said...

congrats..smoga b'bahagia..may Allah bless both of you..:)

awenazri said...

sweet!! semoga dirahmati oleh Nya...

Cstproduction said...

jom tgok vdeo pertunangan http://www.facebook.com/video/video.php?v=1994836914639&oid=57586568433&comments

MISS BOSQUE said...

TAHNIAH..!!!cepat2 kawin yer..muge asyraf dan dayana bhgia ke akhir hayat...muge hbgan kalian drhmti&dbrkti oleh-NYA..INSYAALLAH..

dAzEArA eRiN said...

patah hati saya ashraf dah tunang =(

anwy, sangat comel ashraf & dayana.......moga kekal sampai akhir hayat dan moga hubungan mereka sentiasa dilindungi dan diberkati Allah.

Mira Amirah said...

selamat bertunang
sem0ge kekal sehingga ke akhir hayat..ameen`

azalia hjsalleh said...

MOGA KEKAL YE ;)
ALHAMDULILLAH
2 2 PUN SECOCOK SGT!!

Nur Syahida said...

tahniah...smoga kekal ke akhir hayat..like like

Sharifah Nabiilah Aminah said...

tahniah..semoga berbahagia hingga ke syurga.inshaallah

coklat said...

waahhh!! sejuknya hati memandang.. alhamdulillah.. moga ianya adalah jodoh yang baek buat kedua2 pihak..

cHe iChikiwA said...

semoga smpai ke jinjang pelamin & smpai ke akhir hayat..amin.
sdeyh :( sob2,,
tahniah abg asyraf..:)

aNie ramLi said...

semoga ahsraf akan bahagia bersama dayana...

Wanita Timur ( Syifa Rosli ) said...

Tahniah , semoga berbahagia dan berkekalan hingga ke akhir hayat .

sila jln2 ke blog akak :
http://mystoriesboard.blogspot.com
http://mystoriesboard.blogspot.com/2011/04/ashraf-muslim-pilih-dayana.html

Khumaera Ismail aka Habibi Hamid said...

tahniah to ashraff muslim =)

nichorrief said...

congrats..so sweet~alhadulillah you have change a lot ashraf muslim(suit with your name)

rotu.usm said...

Salam kepada semua...nak mintak izin admin nak tumpang promosi perniagaan boleh tak... boleh la klik sini...terima kasih...peace